31 January 2011 2 kemon

keputusan undi Labis

even gua duk Labis tapi gua tak mengundi sebab DUN lain. dan alhamdulillah BN menang,,hahhahah..amacam??ada berbaur politic tak sekarang blog gua..

Tapi malang sekali, Segamat da banjir semula macam beberapa tahun yang lalu.gua plan nak balik hari ni tapi terpaksa burn hasrat gua.mungkin esok la kot gua balik uma.

gua bukan ape.gua malas nak naik trak bot bagai.....gua tak pernah melalui pengalaman banjir ni..dulu masa banjir pon gua kat matrik....sebab tu gua fail nak bikin karangan " pengalaman yang tak dapat dilupakan saya, Banjir"

Doa la Segamat tak banjir terok cam dulu.
28 January 2011 5 kemon

Hey awak!

Untuk pengetahuan anda semua, jalan rumah gua ni memang pelik sikit. Bak kate Nene masa first time carik uma gua, dia bilang jalan uma gua tak wujud..ada ke camtu? pehh...

tapi bukan benda ini gua nak story..

Masa gua dekat uma lama..hosmet gua merangkap keling selalu aje dating lam kete tak bukak tingkap or ekon.Gua pon ragu-ragu teknik dia bernafas since bile dalam keadaan terkepam dan oksigen sikit, kita akan mula berasa rimas dan sesak nafas tapi itu tidak terjadi kepada keling ini..

gua pernah tanya kat kawan dia.sape lelaki yang dia selalu dating tu, katanya tu sepupu dia since yang gua tahu dia ada boyfren kat kolej.gua anggukkan aje kepala tanda setuju kepada status sepupunya itu...alah, kenapa nak bersangka buruk dak??

tapi.. kalau da dating lam kereta dari pukul 8 malam sampai pukul 1 pagi tanpa bukak tingkap kete tu sepupu apa dak? bole je pi kedai mamak borak lama-lama tak pon pi Mcd boler refill coke banyak kali kalau kau bawak cawan hari tu gune..bole je kan??

bile gua da pindah uma, gua bole bikin dajal sikit..pertama kali tu gua keluar dengan ikhwan, gua suruh dia lalu jalan uma lama gua tu, then kebetulan ada kete 'sepupu' keling tu...gua suruh ikhwan beam.hiihihihiii...







tengah kiss syial.......



sepupu habis....
25 January 2011 10 kemon

pandai jugak dia bikin alasan

Masa gua posting kat klinik hari tu., selain jadi separa doktor, gua juga jadi tukang hantar email sebab gua banyak lepak depan pc dari jumpa patient.

ikuti perbualan hebat gua dengan salah satu jururawat...

gua: ape emailnya??
JK: ^%$_&....
gua: ok...
JK; eh..bole tekan ae underscore...keyboard rosak kot hari tu..



aah..keyboard rosak la sangat kan jururawat..kalau nak tekan underscore kene  tekan shift then tanda dash..bukan tekan ctrl kak oi.memang sampai bebila la tak dapat underscore tu..

gua ingat kalau gua bikin kelas "mari belajar basic komputer" masyuk gak kan...
24 January 2011 8 kemon

2nd posting sudah

Balik dari Perlis terchenta. (peh..sejak bile aku tukar kampung halaman ke Perlis pulak kan) teros aku bersengkang mata siapkan report.sekali esok paginya dorang kate bole submit within this week..peh..terasa tercabar mata ini...

2nd posting ni dimulakan dengan ucapan aluan koordinator disambung pulak dengan ucapan Dekan. ucapan 5minit pertama aku dengar gune mata dan telinga..5 minit seterusnya aku dengar sayup-sayup sambil tunduk..mungkin untuk lebih pemahaman..tapi ternyata hampa...even aku duduk depan dean betul-betul...aku tetap tak bole nak dengar dengan teliti. Ada ke patut aku dengar nak konvo dekat istana..memang istana la Shafiqa kan..

Oh..this week aku posting Anaes..kerje masuk O.T je la..

sekian laporan Aminah
18 January 2011 12 kemon

mari berborak bersama Aminah

Gua tengah jumpe pesakit..ada malaun bagi gua trivia..

"ape kebaikan pakai baju lengan panjang???"


gua jawab dengan sopan dan santun, " untuk menutup aurat??"

salah....



"elak panas??" jawab gua...nada tidak puas hati mule berbunga..

salah..

"ah..ape dia.?"



"tak payah cukoq bulu ketiak..




hahahahahahhahahha...

lu tak payah bayang la aksi gua selepas itu..
8 kemon

aku da hebat...vavaviva..

gua dapat amek darah dengan jayanya hari ni..

trick dia senang je:

a) jangan senyum kepada pesakit.buat muke ketat sehabis mungkin.
b) buang segala parkinson dan intention tremor yang ada.
c) limitkan had berbual anda dengan patient.ape ingat ni bikin super saver ke nak borak-borak...kalau nak borak add lam facebook.
d) cucuk jarum tanpa rasa belas kasihan.persetankan status quo dia.

akhir kat..gua bersyukur ke hadrat illahi..keyakinan gua da kembali..

hik hik...

pms; ada ke jururawat kata gua pernah jadi jurutrengkas.sebab taip laju..
13 January 2011 10 kemon

memang bukan gua nak cerita pasl nuffnang la kot

gua punye payment nuffnang yang tertulis RM4000. ringgit malaysia sahaja telah tersangkut tak dapat-dapat dah dekat 3bulan....
menurut sumber dipercayai, ini semua kerja pejabat pos malaysia..lebih tepat abang posmen pesen tak wat keje.gua emo je.banyak kot..4 riban..lu jangan main-main..riak gua ni..

gua rasa gua patut lebih banyak menderma...hahaha/...kepada yang kelik..tolong la kelik lagi..

pms: gua tipu je gua dapat 4 riban..ingat gua ni top blogger ape...ada la bape kerat duit nuffnang gua..nak buat makan 3-4 hari lepas la.
07 January 2011 15 kemon

mari berborak bersama Aminah

Ape benda yang lu orang pernah curi??
7 kemon

cubaan berubah

Sejak akhir-akhir ni hati aku tergerak nak berubah kearah kebaikan.opss...jangan cakap aku sembang je jika aku tak berubah lam tempoh terdekat..bukan mudah nak berubah kalau takde sokongan sesape.

Aku tergerak hati sejak isu aku berpisah dengan bekas kekasih lama..aku tahu aku perlu jadi seorang perempuan yang lebih sopan untuk meyakinkan orang yang aku sebenarnya bersedia untuk beri komitmen.

aku tak tahu kenapa orang beranggapan aku sekarang ni seorang yang tak serius..

beri aku peluang dan ruang dan masa untuk tunjukkan semua ini..bukan hari ni.bukan esok.bukan bulan depan..bagi aku masa....
5 kemon

gambar sekolah-sekolah

masa gua sekolah menengah, gua la manusia paling susa nak dapat ditangkap gambarnya.sebab tu gambar kenangan time gua kat sekolah ada lebih kurang dari 3 keping gamaknya.

seriusly, gua memang tak suke diambil gambar.time nak mek gambar kelas, gua nyorok lam jamban.membe2 tangkap gambar gedik-gedik gua lebih cenderung tengok aje..

dorang kate" ala, gambar kenang-kenangan.baru orang tahu kite budak asrama penuh"..

memang tak ar gua mek gambar..asrama penuh tak penuh.gua tetap tak suke.

pms; gua mula tergerak hati nak jadi macam dulu.doakan gua.
05 January 2011 11 kemon

bad day

As a medical student memang patut la aku kene belajar semua benda termasuk amek darah.

ye..hari ni baru terkial nak belajar mek darah...

orang ramai dalam bilik,semua usha aku..konpom aku tak le withdraw la..

pastu kene marah dengan patient.dah tu patient lain nak mek darah dengan aku gak??konpom tak..

kalau macamni sampai bile2 aku takkan belajar.


tak bagi muke langsung.

kata nak ramai anak melayu jadi doktor.TAPI TAK NAK BAGI KERJASAMA,


tak matik tak amek darah bape ml tu....
03 January 2011 13 kemon

saye pada tahun 1995....

Sebelum menjejakkan diri ke darjah 1, mak gua da rekrut gua masuk tadik perpaduan satu malaysia sejak umur aku 3 tahun.baju tarak size, pakai beg plastik, sarung selipar kemas-kemas, pi tadika belajaq uli-uli tanah liat ,bace doa makan..pastu balik.ni semua salah cikgu Liza sebabkan gua menulis tangan kidal..ecece...masih jugak nak salahkan orang lain.

Masuk darjah 1. bangun pukul 6 pagi, kene libas dengan mak baru nak mandi..dia punya liat tu sampai bawak ke sekarang..mak gua bancuh air susu cap nespray,tapi ketu-ketul.loya gua..tapi mak gua paksa. gua kene minum gak.

nak pi sekolah mak gua dukung gua sampai naik bus.katanya nanti kasut sekolah kotor. dalam bus semua akak sekolah menengah tapi gua je budak darjah..ada jugak la budak darjah kelas lain..tapi gua tak mek port.time tu mak tak bagi gua duit jajan lagi. sebab gua tak reti gune duit..nanti kene tipu kate mak.gua bawak bekal je.

balik sekolah benda pertama gua capai botol susu dengan puting..haaiiipp...bukan puting di dada..ni puting getah...ye..gua hisap botol dan puting sampai akhir darjah 1

seperti yang sedia maklum.mak gua stok gerila. gua ingat lagi. time tu gua salah gitahu dia pasai hari latihan sukan sekolah.balik rumah gua kene belasah kaw-kaw punya. tali pinggang, senduk, tangan. semua dapat la...silap gitahu je pon...takde kemaafan dude.

kalau hari hujan, gua pi sekolah pakai kasut sekolah gak cume beza gua salut kasut dengan plastik kresek-kresek..mak pesan, "sampai kantin baru bukak plastik, jalan bawah bumbung, kasut jangan kotor.ingat tu.."

pensel tak bole bawak lebih dari 3. kalau hilang mak gua punye hukuman lu orang bayang sendiri la..berbuih da gua type.

ok...style kan gua darjah 1?
8 kemon

mari berborak bersama Aminah

Dunia kapel- keppel ni cukup indah kepada orang yang kate kentut tu pon wangi, malas kerje pon kate takpe...

Tapi, gua nak bangkitkan satu isu, boyfriend disara oleh gadis-gadis..hinggakan spender pon dibeli oleh para gadis..

gua nak tanya la kan. "ape fungsi lelaki tu sebagai lelaki??"
 
;