22 March 2011 12 kemon

saya disini,ditaiping yang hujan setiap petang

Sejak disini gua da pandai bangun awal sebab pass over setart kui 7lebih diikuti ward round mahupon clinic disambung mesra dengan tutorial.ward round agak meriah dengan sesi idiot stupid ibarat zikir dari mulut surgeon ke hosmen2.hahahaha..takut dow,gua tahun depan da jadik hosmen.oh em ji!

Tadik gua sesi clinic,memang hari ni hari shafiqa,semua soklan harus wajin dijawab oleh gua.thanks doc.I sayang u sangat.dia tanya bapak gua kerje pe,gua bilang drebar,dia kate bapak gua drebar kapal terbang.gua ckap tak,dia kate bapak gua ada company transport.celah mana!hahahaha

Sekarang gua da bahagia.errkkk,.terima kasih coz terima i yang fatty ni.hahaha.
16 March 2011 14 kemon

review Panasonic Epilator

Bagi orang yang sibuk nak mati macam gua ni...*ehem-ehem....*....

mungkin takde masa nak cabut bulu ketiak sehelai-helai...

asek shave je, gua jadi rimas dan tak fun..

so gua beli epilator..harga dijual ialah RM79.00 ...gune battery AAA cap ape2 je..

fun la gune ni!.bole gune if kering or basah....

AHAHAHHAHA..

tu je review nya
14 March 2011 6 kemon

ala...

next week dan week lagi satu gua takkan ada di Ipoh sebab gua pi posting orthopedic kat Taiping selama 2 minggu..so memang tarak update...

akhirnya, gua dapat redah bukit Kledang walau 4 tahun bermastautin disini..ceh..

tolong la kelik nuffnang gua, gua nak beli buku ortho...uuuhuhhu...
10 March 2011 21 kemon

benda ridiculous yang dibuat oleh penunggang motor..

Gua memang tak reti pandu kereta..motor je reti...cool what...medical student bawak motor...orang lain semua kecoh bawak kete berebut parking,gua lagi 5minit kelas nak start baru hegeh kuar rumah...errkk..tapi bile hujan padan muke kau lah..kuyup..nampak susuk tubuh.ahahah..

Seriusly,aku tak pernah suke nak taip mesej ketika bawak motor..aku sangat pelik bile ada orang bole selamba relax je bawak motor dan reply sms...hmm..so penting kah??? tak bole tunggu nanti-nanti???bahaya kot..sangat,,sebab alpa sikit je,memang makan bahu jalan or makan tar la kau...

kalau laki tu aku macam bole consider sebab lantak hangpa la..hang jantan..ni yang pompuan.dahla bawak member kat belakang,pastu kau sibuk bergembira balas mesej dengan boyfriend ko..sengih-sengih..kau bawak anak orang kot.kalau jatuh...landing muke dulu, kau nak jawab ape dengan mak kawan ko???serius seram..

tolong la jangan pegang hanpon time bawak motor..Tak marah tak boyfriend hang if hang tak reply sms...nanti da buruk, dia cari lain gak..kalau dia insist nak suruh reply, tolong putus please..
09 March 2011 30 kemon

ape pendapat anda

To be true..sape tak suke laki yang hot, nampak tabah ,cekal, baik hati, hormat orang tua, berharta dan beragama.

tapi bukan isu itu aku nak bilang pada kau semua..aku just nak tanya..


"apa pandangan anda tentang lelaki yang senang nak menangis???"
06 March 2011 9 kemon

En Blabber...

Peh entry ni aku bikin khas sikit-sikit gi naik taraf special untuk kau sebab aku tahu kau malas nak flip balik kat ruangan komen itu..

1. Aku tiap-tiap minggu turun KL..so haruslah belanja aku Paddington tiap-tiap minggu.ahahaha..
2. Alah..mana ada pathetic bace blog je sepanjang weekend..aku pon pernah buat..mungkin kau perlu cari girlfriend mungkin??
3. PR ..or per rectal examination.aku sikit-sikit gi nak ingat pr tu pulse rate.peh..ahhaha...nasib..sipi je ni..tujuan utama if ada bleeding per rectal means ada darah kuar kat juboq..(if nak layman lah kan)... pastu if ada prostate cancer bagi laki.....tu selalunya lah main indication..


amacam??rasa sayang lebih tak kat aku sebab bikin entry ni?
05 March 2011 17 kemon

benda wajib orang letak dalam facebook

Bangun tido sepatutnya harus masak bihun goreng setelah CIMB kalah teruk dalam lumbe kude ...tu pasai kitorang punya elaun sangkut sampai 5hb da hari ni..cilakak..tapi sebab tengah ada idea.gua tulis sat la na..

Tanpa buang masa nak tunggu mi gua kembang, terus je gua type pe yang perlu...

1. Jika anda perasan, perempuan yang free hair mesti akan wajib letak gambar dia bertudung....erkkk.???kenapa???sebab, mereka nak tunjuk kat orang yang mereka sebenarnya cantik bertudung dan matlamat utama adalah ANDA HARUS PUJI MEREKA SWEET,CUTE...wajib ok!..selalunya gambar bertudung ni ketika hari raya..ambik berkat orang kata..

2. tak aci la kan kutuk orang free hair tanpa mengutuk orang bertudung..baru adil orang kata...

orang yang bertudung 24/7 setiap masa kecuali taim nak angkat kain kat ampaian dan buang sampah secara berkemban macam gua..(ok.tak..tipu je).. akan mesti wajib jugak letak gambar dia tak bertudung..ada pulak tu, letak gambar sampai border rambut je..ngam-ngam dia pose.ke dia crop???ada ke crop bulat??erkk...tak paham intuisi dia meletak gambar sebegitu..nanti kat wall letak hadis bagai..tapi letak gambar begitu???tapi jika anda perasan, mereka yang letak gambar separa free hair tapi tak-nak -acah-acah je..mereka ni ada boyfriend..oh,mungkin nak bagi gambaran kat bf mereka macamana mereka bila mereka tidak bertudung..

dah..ni je idea gua..gua nak masak..bye!
04 March 2011 17 kemon

peraturan bagi berjogging mahupon brisk walking..

Ramai je yang tahu rules untuk pergi berjog atau brisk walking di taman mahupon di padang ke tasik ke ape..tapi gua saja nak bagi gak guidelines kepada yang masih blur ...

1. Pakai sport shoes..ramai yang gua tengok pakai kasut yang tak sesuai untuk berlari..kite kene pakai kasut yang sesuai sebab bile berlari ,kaki akan menerima balik tekanan yang telah kite arghh..ape punya bahasa ni..bile kite lari, kaki akan land kat tanah kan.so kaki akan menerima hentakan bile kaki land kat tanah..bile pakai kasut tak seswai..kaki akan menerima hentakan yang lebih kuat..dan itu tidak elok untuk kesihatan kaki..dan jangan lari gune kasut converse..tak berat ke??

tadik gua nampak keling jalan kat Polo berkaki ayam..peh...tengah nazar ke pe kak?ni bukan kuil..

2. Jangan pakai make up!..please....bila berjogging ke ape...peloh akan keluar kan..tapi kalau pi pakai make up...lagu mana peloh nak keluar mengalir..dengan toksik2..adeh....tu tidak sihat untuk kesihatan kulit..ala..tak payah peduli pasal kecantikan..nanti dah mandi pakai la make up balik.

3. pakai pakaian yang selesa.Ala..tinggalkan sebentar tudung versi Hana Tajima anda dirumah..pakai je tudung biasa..dan jangan pakai baju 3-4 helai..pitam nanti.pakai baju yang serap peloh..
 
4. dapatkan tidur yang cukup dan minum air masak sebanyak yang mampu....erkk..ni info umum..serius...tak cukup tidur, otak jadi penat, badan pon lemah..so camana nak jadi sihat kan??

ok.nak tido
03 March 2011 11 kemon

isu add di muke buku

Aku bukanlah pesen yang nak bermesra dengan junior di sekolah menengah mahupon di kolej..ini kerana bukan aku sombong..tapi aku jenis memang tak reti nak bermesra unless ko buddy aku untuk yang kat kolej sekarang lah!tu aku reti borak la..

bile di lihat kat facebook request, kadang ada junior dari sekolah sibuk nak add..ape kes??saje nak REUNION??nak rapat-rapatkan ukhwah???sorry dude,aku tak bape nak rapatkan ukhwah sangat..mana yang aku ter approve tu kire hang lucky la...tapi mana aku da tapis.memang harap maklom..takde pekdahnya ko nak add aku...

setakat nak tengok PERKEMBANGAN aku dan stalk gambar..memang itu lah kan tujuan ko??sorry dude, aku mempunyai zaman sekolah yang tak fun.so aku memang tak nak ada memori tentang kau orang..Junior pon mana ada  nak say hi zaman sekolah.unless adik angkat dan dormate.tu pon diberi pengecualian..

Dan.......budak kolej aku sekarang..kalau kos lain tu.aku pon tak paham nape nak add aku???/kat kolej senyum pon tak..ape kes?
02 March 2011 15 kemon

kebersihan amalan bersama

Gua ni tak la pembersih sangat..sebab jadi terlalu permbersih pon susah dan payah jugak..tapi gua agak particular dengan kebersihan..

Gua ni bukan berkira, tapi kalau dalam tempoh tiga tahun bersama...hampir 90 peratus sampah adalah dibuang oleh gua...peratusan yang amat ketara ini cukup membuatkan gua mula jadi orang yang berkira...dan semalam gua hampir-hampir sikit je lagik nak bikin sujud syukur sebab ingatkan kenalan nak buang sampah,,rupe-rupenya sangkaan gua meleset..letak tepi lantai alas dengan kertas je..

gua nak tanya lu orang lah, berapa kerap lu orang bersihkan toilet dan bilik air??lu orang selesa ke berak jamban berdaki bagai??peh..gua tak bole bayang macamana dia land bontot dia kat seatbowl....awww..so cute..


bilik bersaiz setinggan macam gua inap sekarang memang membuatkan gua cepat rimas dan panas hati..so, gua tak bole biarkan lantai gua berhabuk terlalu lama..gua akan jadi cepat emo dan menyalahkan PMS..maka gua akan mengambil inisiatif menyapu bilik setiap 2 atau 3 hari bagi mengelakkan gua emo...ye ar,,da gua makan, belajar kat lam bilik setinggan ni.so memang harus faktor emo diambil kira..

so, kepada pihak yang terbabit, jangan malas sangat lah!
 
;