29 April 2011 10 kemon

Thor

Setiap kali hari Khamis, hati gua mesti membuak-buak nak tengok wayang..laju je tangan kelik tgv atau gsc online nak tengok cite ape yang bakal meranapkan duit gua tiap minggu..

Minggu ni gua tengok Thor...bunyik macam slang jawa..thor thor..tapi gua tetap order bunyik omputehkan...macamana?? tak payah tahu..yang penting R kene tebal ...hahha..

Saufi Aiman ke futsal girlfriend pulak ke wayang bersama Hafiz, Ijat, Bob dan Ja .....kali ni gua tengok at Ipoh Parade.jimat sikit duit.

Thor mengisahkan gabungan cerita lagenda dan zaman moden yang kononnya anak ape jadah entah nama.. Thor terror pegang tukul ...tu kelebihan dia...pada satu hari bapak dia nak declare dia jadik raja,tetibe tak jadik lak sebab frostbite *ke ape entah datang, so Thor tak puas hatik pi cari pasai kat tempat depa..Bapak  Thor jemput balik ..lalu Thor tak puas hati merajuk lalu menderhaka tengking bapak dia...Thor pon kene buang ke Bumi dengan tukulnya sekali.


Lalu, hangpa pi la tengok naaa...


best lah.... kalau bintang dilangit nak ada 10 , gua bagi 7...kenapa 7??sebab ending macam erectile dysfunction....
27 April 2011 6 kemon

Perkara -perkara aku benci ketika ditandas.

Aku banyak menghabiskan masa ditandas untuk kencing dan berak since aku memang banyak buang air dan buang poops sebab untuk kurangkan toksik dan menjamin berat badan ideal...oleh itu aku memerlukan toilet yang bersih dan adorable dan selesable untuk aku melaksanakan panggilan ini.

Tapi aku akan turn off dan rectum akan kehilangan tahi secara mengejut bila....

1. Tahik pengguna sebelom bersepah dilantai....

hey kamonlah ..kau berak tapi bersepah lepas tu tak de rasa segan ke??? biar je tahik bersepah..kau ada masalah nak aim bontot kau kat lubang tandas ke?? pastu tak reti siram balik.kau rasa orang horny ke tengok tahik kau??

2. Air kencing kat tempat land bontot....

serius shit memang aku geli dan terpaksa pura-pura tak nampak air kencing ni lalu kene amek tisu dan lap...eewww..madafakar..kau kencing ke kau menyiram air kencing??

3. Tahik floating....

selalunya jika tahik floating ini menunjukkan tahik anda berkolesterol tinggi atau tahik terlalu ringan...amek kau..semua aku cite pasal tahik..tak reti nak flush??kat uma kau bapak kau wat macam tu gak ke??

4. Pili air...

ni masalah utama di pasar raya....kamon lah..camne nak berak kalau pili jenis macam kuar kat singki..*u know what i mean*.....tak reti nak install getah paip ke?? kenapa menda mudah nak disusahkan??

5. isu paip automatik ke paip pulas ke paip tekan???

hahaha..ni aku pernah cite.. hari tu kantoi kat mid valley, minah ni tak tahu either paip ni pesen tadah atau kene tekan...gotcha!. i nampak u blur...hahahahahahah..aku sengihkan aja....dik, u kene pandai berlakon lagik~!
7 kemon

Posting Public Health

Now aku da masuk ke posting baru setelah habis posting orthopaedic.

Aku masuk posting Public Health...1 minggu lagik aku dan groupmate akan dihantar ke Larut Matang atau Selama untuk berposting disana selama 2 minggu...memang sangap lah aku nak bace belog...

Soalan aku hari ni...

''kalau kau bole patah balik masa, ape benda yang kau nak ulangi atau betulkan???"
26 April 2011 8 kemon

Ape aku tepek di muka

Semua orang mesti happy dan gembira bile mempunyai muka yang licin tanpa cela mahupon kawah bulan kesan dari jerawat dan post chicken hot pox.

Aku dulu pon pernah aja diserang 'gejala jerawat banyaknya!' arghh..tension..lalu teros mengambil inisiatif gelabah dengan membeli bermacam jenis produk hilangkan jerawat.

now bole dikatakan kulit muke aku stabil lah...setakat jerawat sikit-sikit itu kira normal la sebab aku kan perempuan yang akan dipengaruhi oleh hormon estrogen dan progesterone setiap bulan dan faktor pemakanan.

currently aku hanya lekat kat satu produk dan tak cenderung untuk menukarnya kerana itu hanya mengundang mala petaka.

aku pakai pencuci muke Safi anti jerawat.kah kah.. yang berharga rm 4.90 aje.....untuk cream aku pakai Garnier light oil control, aku pakai maybelline bb cream dan bedak silkygirl kaler ungu sudah..

see...nampak tak betapa murah aja produk yang aku pakai..tak perlu spend banyak sangat duit kat muke kalau semua itu bole menjamin keelokan kulit..sebab muka aku jenis prone to have pimple sebab berminyak sikit aja..so aku just maintain kan aja la..kalau rajin aku tepek mask dari himalaya yang ada Fuller Earth..google la ape itu ye..

make up aku pon aku tak perabis sangat  duit.aku gune eyeshadow Elianto, maskara ZA, eyeliner aku ada 2 .satu pencil satu liquid, pencil aku gune in-2-it, liquid dari silkygirl.blusher aku bantai kat kedai jepun.kah kah..

kalau jerawat macam meriah sangat, aku tepek pimple cream dari Himalaya...yes aku freak dengan barang yang ada herbal and natural thingy.

kalau perasan aku tak tepek pape kat bibir since bibir aku sangat sensitif dengan balm , gloss mahupon lipstick.aku pernah je tepek tapi mesti kulit bibir aku mengelupas dan ini akan merimaskan aku..lagipon susah nak berkucupan. makan bagai.

basically, aku percaya pada plain water, aku memang minum banyak gila plain water sebab kalau aku kurang sikit je air kulit muke aku akan kering lalu teros ada macam hingus kering kat tepi hidung dan bibir..walhal itu semua dusta.aku tak jaga sangat makan .tapi bile bersukan aku akan make sure tak pakai pape kat muke sebab aku memang berpeloh bagai so aku tak nak kejam tak bagi kulit tak bernafas

so,tak la high maintenance kan aku???
25 April 2011 8 kemon

Bidor Run

Hari Ahad yang lalu, aku dan 21 Unikl RCMPian masuk Bidor Half Marathon run dekat Bidor lah of cos.

Aku masuk 10km aje, ada 3 yang masuk 21 km...

ini kali pertama aku masuk dan sangat fun even masa first 3 km aku macam nak give up...track lalu pekan Bidor, highway, bukit sikit turun bukit sikit, lalu perkampungan orang asli...cantiklah scenery..sejuk pon ia...tak la sakit kepala...

ramai gak lah yang join run ni..


 aku tengah sakit kepala time ni..panas

peeps yang joined


lepas ni aku join Ipoh international run dengan Standard Chartered run. Towerthon aku tak masuk sebab aku tahu takkan larat nak naik tangga..sakit ow kaki.Ekiden aku tak sure lagi sebab tak cukup runner nak join bikin team..dem
23 April 2011 7 kemon

my new crush

Semalam gua tengok Red Riding Hood. Bile sebut je nama tajuk mesti kite terbayang cerita zaman budak-budak...
pssttt...nak tahu rahsia tak??gua tak pernah bace pon cite red riding hood masa kecik.laa ni pon gua tak pernah bace gi the actual story...gua tahu sinopsis, budak ada pakai jubah merah pi umah nenek bawak bakul, nenek dia serigala...tu aja.hahahahahahah..macam kimchi betul.

Ok, yang penting kalau lu orang mengharapkan cerita ni hebat nak nazak, anda pasti kecewa, tapi kalau anda seorang perempuan dan mempunyai nafsu serakah terhadap lelaki hawwt dan hawwtt, mungkin ia berbaloi sebab gua asek hyperventilate bile nampak 2 mamat ni...shit...rasa nak kiss aje muke diorang..tak mintak pon gua bagi....poop betul..hensem dow..arghhhh..cair..cairr..



 memperkenalkan Shiloh Fernandez. i love u ....kenapa kau tak jadi hero Twilight dow. bodoh Kirsten Stewart amek Robert Pattinson.Kau lagi romantik dan bermuke vampire dow...hensem arghhhh....

ini Max Irons...shit,mata dia mintak kesian dow, aku rasa nak pelok dia aja...ooooooooohhhhhhh...aaahhhhh...caer..caer...
22 April 2011 14 kemon

mari berborak bersama Aminah

Jika anda nak pindah uma, ape 2 barang penting yang anda harus ada????


Saufi Aiman kate dia nak bawak berus gigi dengan ubat gigi...
aku dari semalam masih tak paham lagik konsep kenapa nak pindah uma 2 benda ni yang paling penting...

lu orang ??
21 April 2011 9 kemon

lagi pasal isu sukan

Amboi -amboi sejak aku nak masuk maraton 10km je pon kecuwww aku jadik rajin .*terpaksa ekceli* untuk berlari kat Polo or stadium.Even kaki aku dalam keadaan mengecewakan itu tidak menghalang aku dari menjadik seperti manusia normal yang lain..mana bole lepas balik kelas teros terperap lam bilik macam ikan masin.Nanti aku manic..

Untuk edisi kali ni,aku nak highlightkan certain menda je.tak banyak..trust me...

1. Kalau anda nak bermarathon, tolong please minum air...sebab bila anda berlari atau ape sahaja dalam jarak yang jauh, ini mengakibatkan anda kelihangan air hampir 4 litre banyaknya..bersamaan 4kg..maka jika lepas joggin anda timbang..berat anda akan kurang dekat 4kg..*anggaran*..so jangan nak pasan hilang lemak 4kg..itu air...minum air adalah penting untuk menggantikan air yang telah hilang kat celah pipi, celah ketiak mahupon celah kangkang...

2. Tolong please jangan pakai seluar ketat nauzubillah...Hari ni hari kedua aku lari kat Polo, hari ni jugak aku nampak pompuan yang sama lari pakai SELUAR KALER PINK DAN BAJU YANG SAMA....kamon!takkan nak kate seluar tu beli sehelai rm25 .2 helai rm 50...itu aku tak pedulik la dia nak pakai seluar kaler sama..tapi, spender dia ketat dekat-dekat nak mati..terpakai spender roomate ape?dan 2 hari ni jugak aku pasan spender dia jugak ketat..spender sama ek?tak payah TRIUMPH sangat..tesco sudah jika tidak mampu..

oh em ji, kak, tak rasa bontot tu tak bebas ke nak lari?? tak rasa macam dia tak bernafas ke??nanti semua kurus bontot je pengsan...erkk..ape anologi ni...kira macam tempat lain guna anaerobic+ aerobic respiration, kat bontot aje gune anaerobic...kamon, kesian bontot...ahhahah..

3. Kan aku pernah sembang pasal penggunaan kasut yang betul adalah perlu...ini kerana, pelari maraton atau jarak jauh akan berlari atau bergerak melebihi 8000-10,000 langkah sehari..semakin banyak lari, semakin kuat tekanan balik yang dikenakan terhadap kaki oleh graviti *ape melalut*..lalu pelari prone to get stress fracture.so, penggunaan kasut sangatlah perlu..


itu aja...sudah
22 kemon

serius tak jeles pon sebenarnya

Aku suke blogwalking kat blog-blog yang ramai follower..tapi tak banyak gak yang aku leave a comment sebab aku sure pasti dorang takkan reply komen aku dan aku rasa kebarangkalian untuk reader lain komen sama macam yang aku nak  tulis adalah tinggi..ye ah satu entry komen dekat beratus...

yang aku perati blogger ni payah nak arwah nak reply..bizi katenya.kalau reply pon sehelai je..tu pon kalau kawan baik dia komen or dia rasa penting je nak reply..adalah kalau dalam 2ratus komen...blogger ni reply 2...tu pon harus bersyukur u oll dia tepek 2 komen...

Aku bukan jeles or sakit bontot tengok diorang ni dapat banyak komen.tapi orang leave a comment sebab diaorag mengharap lu ni reply komen diorang..ingat keje senang ke nak kelik ruangan komen, pastu type lagi sambil perah idea...hargailah jasa mereka yang tlah meluangkan masa datang ke blog and komen..

tapi setakat komen hi,. hahhahaha..lu orang abaikan aje la

bagi blogger yang banyak sangat komen2 kat entry, ape kate lu orang bkin ruangan LIKE aje...kan senang....
20 April 2011 10 kemon

pertanyaan kepada Aminah

Ada apa-apa soalan yang anda mahu tanya yang anda keliru tentang diri anda..especially perempuan..

contoh, kenapa main ikut kalendar menstrual tapi still pregnant?

kenapa sengugut rasa nak keluarkan perut?kenapa merapu dow tanya begini..seharusnya adalah uterus..
14 April 2011 15 kemon

hey hey..im Aminah

Semalam aku pergi jumpe orthopaedic surgeon for review ankle aku yang da wear.then ,dia refer aku kat ankle and foot surgeon..so pagi tadi aku jumpe surgeon terbabit.

Surgeon suggest kat aku wat reconstructive ankle surgery. dimana ada satu tendon akan diambil dari kaki aku dan akan dilekatkan kat ankle,then hold with 2 screw.Sebelom bikin semua itu, aku kene wat stress x-ray dan MRI..

Tahukah anda.harga satu screw tu 1.6k..so dua screw 3.2k...tapi sebab bapak aku bekas askar, so takde hal semua itu..tapi...yang menjadik hal..aku akan jadi OKU  dalam tempoh 6 bulan...

isunya..:

1. Macamana nak pi clinical kat klinik luar..sapa nak bawak?
2. Aku tak bole bawak motor sebab aku tak le weight bearing for a few weeks...
3. Sape nak ajar aku bile lepas post op paling-paling 2 minggu?
4. Nak pi physio lagi??
5. aku takut akan jadi worse.

arghhh....serabut...
13 April 2011 20 kemon

mari berborak bersama Aminah

Aku jenis cepat rasa jengkel ...tak kira kau wat benda tu seremeh-remeh benda hingga yang tak bole diterima....kalau aku da jengkel memang susah untuk aku pandang muka kau...tak tahulah kenapa..

topik aku hari ini...

"apakah yang dilakukan oleh seseorang yang anda rasa benda tu sangat menjengkelkan anda??"
12 April 2011 21 kemon

#Updated version penggolek pipi

Seperti sedia maklom gua mempunyai pipi yang tembam dan selalu menjadik mangsa kene tarik pipi oleh Saufi.Lalu , Saufi sendiri mencadangkan kekasihnya membeli produk ini untuk menguruskan pipi...

ekceli ada lagik satu jenis roller untuk kuruskan pipi..kang ti gua pi beli yang lagik satu...
yang ni gua beli harga rm 4.90 kat kedai 100 yen.kah kah...

care gune:
1. roll kan penggolek ni kat pipi..bermula dari dagu naik ke atas..jangan roll kebawah balik kerana ini akan menyebabkan anda melakukan kerja yang sia-sia sahaja..

2. Lakukan aktiviti ini 10minit sahaja..jangan lebih-lebih tamak pikir jika roll banyak-banyak kali maka bole kurus lam sehari..dusta..

3. hari-hari roll..jangan roll satu hari , dua hari je...

4. jangan roll kat lantai mahupon kucing.pastu roll balik kat pipi..itu mintak jerawat namanya..

5. roller ni katanya mampu mengurangkan dagu berlebihan, pipi tembam, pipi sembab, dan bermacam jenis pipi lagik..ekceli ada satu senaman untuk kurangkan dagu lebih..nak tahu kene jumpe gua secara peribadi..

selamat mencuba...gua pon baru try ajer.

ok...yang ini gua baru je beli tadik kat SASA....harga rm 5ringgit sahaja...kat Sasa ada macam-macam jenis.ikut pada anda semua nak macamana...
11 April 2011 13 kemon

kenapa perempuan hide hubungan lain?

Perempuan nowadays bukan perempuan zaman dulu..jangan expect dorang akan setia sampai buta.sampai mati.sampai bila-bila..perempuan sekarang sama macam lelaki zaman sekarang...belit...tak setia. main sana sini.

antara sebab rasional yang aku bole senaraihitamkan kenapa perempuan hide hubungan lain sedangkan dia bertahun bersama kau adalah seperti berikut...sama makan cili dia rasa pedas la ..ye dok?butthurt kate obe..

1. DUIT...kenapa aku capital letter kan perkataan duit..sebabnya...benar, duit adalah punce kebanyakan perempuan main kayu tiga..tuntutan shopping yang meninggi, kadar cemburu terhadap rakan sebaya yang kuat kerana rakan itu ada boyfriend ber BMW, kaki joli, itu menyebabkan mereka cenderung untuk mencari mangsa untuk menyara hidup mereka...kamon.sile setuju..angguk..angguk..

2. Seks. walau kau nak kate aku ni open sangat sebab cakap camni. kau kene sagat muke kau kat jejantas sekarang..perempuan sekarang.kau nak kate semua baik memang tipu..memang dusta.semua penuh muslihat..semua berselindung.tak dapat boyfriend, jantan lain pon jadik...tuntutan nafkah harus diutamakan..endorfin beb..penting.

3. Kasih sayang. kite lupakan sebentar hal kefizikalan...perempuan mana yang tak ketagih kasih sayang.yang tak hadap perhatian??cuba angkat tangan sekarang...perempuan mana yang tak jatuh hati kat laki yang pay attention kat dia.yang tahu mengambil hati..bile takde pada kekasih sekarang, cenderung mereka mencari laki lain untuk memenuhi yang kurang walhal bole saja dibawa berbincang akan isu ini...

4. here and there.kombinasi kekurangan yang ada sana sini pada kekasih sekarang..lalu perempuan ini harus mencarik alternatif untuk mengisi lubang-lubang kekurangan...

belajar menerima, belajar bertolak ansur. cintakan ape yang ada..maafkan ape yang kurang....:)
7 kemon

Hari minggu saya.

Last weekend gua memang penat giler, adik gua, mat tiarap datang Ipoh..so terpaksa jadik mak ayam untuk entertain dia..ok tipu. dia asek terperap kat bilik je.gua tak bawak pi jalan.kah kah
Hari sabtu lepas, Meor Saiful Nizar merangkap abang angkat gua telah pon bersanding buat kali kedua...weh.bukan dia kahwin 2x.ni majlis kedua..get it??

 ni Alin, kawan baru wa..ni taim kat majlis kahwin Meor.Tengahari sabtu gua pi..congrats meow...kahwin jugak finally.


seperti biase, Hafiz. tanpa dia memang aku tak bergerak.

Habis kenduri ,gua gerak balik Ipoh nak kene bawak adik gua makan, gua berangan nak makan makanan korea..sekali tak halal plak yang kat sini..sekian terima kasih. gua sambung makan ayam penyet untuk kali kedua bagi minggu ni.gua rasa kalau ayam penyet ada member card.gua da bole dapat platinum card.

                                                        ni lah mat tiarap.single.kah kah


                                 again. makanan ni je yang bole buat gua makan sampai habis.


Habis makan, acara kikis duit adik telah bermula.gua pau paw dia walet Fossil beserta minyak wangi Burberry.

Hari Ahad, gua kene bangun pi kelas undang-undang...rasa macam puaka kene duduk 5 jam dok dengar ceramah.sempat gak gua tido 15minit lam kelas,dahla gua tak bawak walet,dorang pi rehat 800x, 800x gua duduk tercongok kat luar .....telan air liur, makan angin..

itu adalah hari saya....hahaha
08 April 2011 27 kemon

memperkenalkan watak baru dalam hidup Aminah


Gambarajah diatas menunjukkan satu sistem pelbagai organ yang membentuk seorang manusia yang membawa kromosom XY yang diberi nama Saufi Aiman Amin..ye..saya tahu nama dia panjang..tammak sungguh bapak dia bagi nama.

Kenapa dia pegang botol mineral kosong??simple..tu sampah dia kumpul dalam kete....gambar ini diambil masa pertama kali jumpe dia...ada ke patut pergi dating pertama kali dia bawak saye pi beli barang dapur???aisehmen...fail saufi...fail!~

tak pasan ke saya menggunakan kate ganti nama Saya untuk entry kali ini??ahahhahaha...memang tak la...tak pernah gune saya awak dengan mamat ni...

kenapa saya suke dia so far??

1. dia tak bole ingat map langsung..ada ke nak pi kedai buku Kamal dia siap lukis map kat kertas A4..ada ke??
2. Dia kelakar ..dan kelakar dia tak menyakitkan hati...means, he has my sense of humour la..
3. Aku nampak diri aku dalam diri dia..

enuf...senang cite,doa aku dengan dia ok!.
07 April 2011 11 kemon

Selongkar handphone

Isu selongkar henpon ni bukan satu fenomena luar biase dikalangan masyarakat melayu yang sangat suke amek berat hal rakan mahupon sesiapa sahaja yang mereka rasa nak stalk..sungguh prihatin kan??

tak cukup nak stalk twitter, nak selongkar fesbuk..sampai end tahun 2007 register date dia selidik..gile scary kan??ya...itu hakikat yang ada...yang orang ramai semua pernah alami..alah...kamon la...mengaku...ada sesetengah suka jadi stalker..fun katanya!.

Aku tak suke selongkar henpon especially boyfriend aku..unless aku dapat rasa dia tak jujur,memang sampai ke kalendar aku carik...ye la..letak besday girlfriend lagi satu ke ,hari dia pi date ke??betul tak??aku memang bukan jenis nak bace satu2 sms...sampai la ni ,aku tak pernah tengok isi henpon si saufi tu. tak terasa nak tengok.

Tapi ada ramai perempuan yang suke cek henpon balak dia dan laki pon sama..cek gile-gile henpon awek dia..semua call entry akan disoal siasat macam baru lepas melakukan kes pembunuhan..kene detail...silap cakap dituduh curang..oh em ji..

bagi aku , percaya kene ada dalam setiap perhubungan...so far instinct aku xpernah silap.kalau aku rasa tak sedap hati ,memang konpom dia ada wat hal..

tapi ,bagi aku ,kalau membe-membe selongkar henpon memang sangat kurang hajar dan tak menghormati hak privasi individu.sesape yang tinggal hanpon kat aku,memang selamat la.aku sikit pon tak teruja nak bace sms lu orang..
06 April 2011 6 kemon

mak gua pesan

Mak gua pesan simple je...nak tengok orang tu komproh * bace pengotor* ke tak, lu tengok anak dia yang kecik.kalau hingus meleleh masuk mulut, baju kotor, lampin full soaked, bau tak wangi macam bayi lain,

memang konpom sah dia pengotor tak pandai jaga anak...


senang kan indicator??


tak percaya??


if da positive anak dia camtu, pi cek uma dia kalau tak percaya....memang sah bersepah dan bilik air berdanau
05 April 2011 14 kemon

ape ek sebenarnya??

Gua kadang perati...ada orang sembahyang pesen laju-laju macam sat gi dia nak tertinggal bus express...ada sekali tu gua sembahyang dulu..selang 1minit 20 saat kemudian ,ada kenalan sebelah gua join sekaki...

gua baru habis bace al fatihah,dia da ruku',takde tokmaninah dia da bantai sujud..baru letak kepala gua rasa,dia da duduk antara dua sujud..baru letak pungkoq sat..eh,dia da sujud balik.peh..pantas syial....dia bace ke ape???

peh..gua tak khusyuk pe semayang?ahahahah..
04 April 2011 25 kemon

mari berborak bersama Akak Aminah

kalau tahu masak, kemas rumah, tapi tak pakai tudung memang kene reject tanpa kata dua ke???


mak mertua lebih suke yang...

bertudung dan sopan ,tapi tak tahu masak, kalau masak pon tak reti kemas, tak reti buang sampah, tak reti nak menyapu, tak reti cuci toilet, tapi sembahyang 'full' , 'tak mengumpat',...

nak yang camni ke????
 
;