30 June 2011 6 kemon

terlalu sibuk

Entahlah,
aku mula letik muak dengan blog ini,
sibuk kejarkan audit,
bikin siap cantik proposal research,
lari sana sini jujurkan NMRR,
letihkan dengan batuk yang tak henti,
duit di walet tinggal 2 keping yang kaler biru,
tak aci betul,
orang kaye , makin kaye,
orang miskin makin hina,
servis apa pon tak jalan,
masih menadah syukur mampu makan dengan seimbang.

Alhamdulillah
29 June 2011 8 kemon

.bizi bebenor

Aku punye audit dah siap malam tadi aku pulun cantik punye..proposal pon tak kene rejek..nice-nice orang kata..berkat amek wudhu..erkk..
so tinggal complete register kat NMRR dengan submit proposal dekat kementerian pelajaran.

pastu setel bagai, aku pergi klinik kesihatan sebab da batuk lebih 2 minggu.so kene amek sputum for AFB untuk rule out TB.. peh.tak payah ah takut..aku takde symptom pon..just untuk exclude.

tapi keluar je dari klinik.ape jadah visor aku hilang..pukimak, kau tahu tak perasaan seharian berkerja keras settlekan proposal dan audit dengan duit di wallet hanya ada rm10 tu pon pasal pinjam dengan Aiman lalu visor pulak hilang..sedih tahu tak..siap terkopek plak tu pin kat helmet..so memang kene beli yang baru lah..

sapa yang curi tu tengok ah .eksiden sagat muka..

baru rm 12 je kot visor..kenapa nak curi
6 kemon

wordless wednesday


29th june 2011: Premier watch..

kah kah
27 June 2011 7 kemon

BAIK

Bila orang tanya, "baik ke dia ni?'' ..susah bagi aku nak clarify baik ke tak.sebab bagi aku baik ni subjektif. sama dengan cantik.itu pon subjektif.takde penetapan syarat dan garis panduan bagi menetapkan baik nya seseorang.ia nya bergantung kepada individu yang mengatakan seseorang itu baik atau tidak.

Ada orang kata, baik itu sebab dia semayang tak tinggal, dia hormat orang tua,bla bla..so itu baik bagi dia.tapi ada orang define baik itu sebab dia selalu tolong orang, suke menderma, tak pernah berkasar.

so sangat susah nak jawab bile ditanya baikkah seseorang itu..
5 kemon

standard chartered 2011

Seperti yang di plan, aku dengan saufi masuk 10km kategori untuk standard chartered. kami bangun lamat nak arwah, rush pergi jalan Parlimen,sampai kat starting line ,orang da berlari.Aku warm up pon tak. teros lari...memang aku injured ah sekarang ni.tapi alhamdulillah ,aku lari gak sampai penamat dan takde pon sampai lebih 2 jam.masih 1 jam lebih...kih koh..

aku tak lari time Ipoh international nanti memandangkan kaki yang sangat sihat ni..

 ni pagi masa kitorang nak pi starting line. masa ni hujan skit-skit

Saufi Aiman .


23 June 2011 17 kemon

pengalaman bersama doktor?

Tadi aku ada kelas pasal attitude doktor dan komplen pesakit.macam-macam ada..ada yang sampai mati sebab kelalaian doktor menguruskan kes pesakit..

personally yang aku nampak, doktor tak bagi penerangan yang betul dan detail kepada pesakit tentang apa yang mereka sedang hadapi, ada je yang explain betul-betul..tapi ada juga yang amek sikap acuh tak acuh dan anggap pesakit ni tak tahu ape -ape..

so mereka macam malas nak cakap sebab bagi mereka cakap ada penyakit jantung sudah.tapi sampai ke sudah pesakit tak tahu jantung mereka ni sakit camne..*ni contoh.

pengalaman aku sendiri kat klinik kesihatan, aku dapat peluang clerk case dan manage pesakit tu as outpatient lah kan..dia datang dengan masalah kulit...seingat aku dekat bertahun gak ..pastu doktor bagi calamine lotion tapi still gatal-gatal..other than that dia ada gatal-gatal kat scalp .. aku dengan partner pikir psoriasis dan bile direview oleh doktor yang lagi besar kat klinik tu ,ternyata diagnosis aku betul.dan pesakit tu di refer ke dermatologist..kenapa doktor yang cek patient tu tak pernah come across psoriasis?

yang pasal mismanage tu , sebab doktor tak nak wat examination secara menyeluruh.sikap camni lah yang aku kalau bole tak nak buat bile jadi doktor..

so ape pengalaman anda semasa dealing dengan doktor dan staff di hospital?
22 June 2011 4 kemon

Tips tipis

Im not so called romantic person but manja...kah kah..serius..

so tak perlu lah 3 helai muka surat salinan sajak dekat internet mahupun memberi aku bunga sedozen sebagai tanda sweeeeeetnyaa..

ye, dulu pernah dapat bunga...masa dapat suke, tapi lepas dapat aku blur..ape nak buat dengan bunga ni? ape yang patut aku lakukan after ni?amek vast? cium? simpan keraskan tepek lam album?biar layu? makan? lepas dapat aku teros thought block dow..blank..

so aku come out with conclusion, tak payah bagi bunga.bagi somethin yang aku bole pakai..itu better..

bagi aku, aku lagi terkesan kalau orang tu really good in body language..tak perlu kata-kata sangat..sikit-sikit dah bagi pemuas rasa dan ragu ..yang selebihnya..ur act...

tapi perempuan buta dengan body language, kami lebih tercair jika anda berkata-kata manis..tengah marah macam mana pon tapi kalau anda pandai tackle kami time tengah marah tu dengan kata-kata sewajarnya, memang gold medal lah bagi anda..

tapi bukan senang...kene melalui banyak pengalaman dan kesabaran..

lain perempuan lain caranya..jangan standardise gune CPG..ubahsuai sikit ikut jenis..

tapi serius,kalau aku tengah marah dan bebel, jangan ah nangis, aku emo lagi ...
6 kemon

kekirian

Dominan aku kidal.begitu juga saufi.tapi dalam kes saufi, menulis dan ape-ape perbuatan yang memerlukan fine touch dia akan kidal, lain semua kanan.so agak mengelat di situ..tapi aku, hampir semua kidal, except makan, pegang henpon and pegang mouse..

so dalam kes memasak, aku akan gune tangan kiri gak untuk pegang sudip ,senduk, pisau dan name it ape2 jua alat masak..kalau aku gune kanan memang FAIL.

tapi,ada orang kurang senang dengan perilaku orang kidal, maksud aku ,dorang macam geli nak makan kalau masak gune tangan kiri.tapi hey, aku masak basuh tangan semua ok..aku tak bole kata apa lah kan.sebab serius aku takkan bole masak gune tangan kanan..sumpah tak jadi dan akan jadi disaster.

dan aku tak bole masak terlalu plan atau tengah marah..nanti mesti tak sedap.

eh..terpesong plak .aku cite pasal kidal ni.

itu je sebenarnya cite aku.kah kah..
21 June 2011 8 kemon

beberapa hari menghilang

Hari khamis hari tu, lepas sesi klinik aku teros tido..tetibe mak call tanya kenapa sakit dada bla bla bla..aku ni pesen tido tak le kene ganggu, aku jawab nak tak nak..tapi lepas tu konpom aku tak le tido.then aku review balik ,lepas sejam aku call sebab aku dok belek literature untuk buat research..

then aku tanya semua simptom time kene heart attack, then ..nah..bapak aku kene serang sakit jantung..2 jam tahan sakit ..relax aja bole drive pi klinik.

so aku balik Segamat jaga ayah...5 hari kat hospital..

now ayah da kat umah tapi cuak ah takut ayah kene serang lagi if dia keje...dahla dia keje berat...

dem..

hope ayah elok dan ok je..

ayah kene tengok akak ada title Dr.
15 June 2011 6 kemon

alhamdulillah...

Hari ni sepatutnya ada on call kat Batu Gajah ,tapi sebab aku ni sangat rajin dan mencintai kos ini, lalu aku pulang ke Ipoh untuk mencari case untuk di present hari jumaat dan mendapatkan tidur yang cukup dan menyiapkan draft audit serta proposal research..kalau rajin, aku  kene usha bahan untuk presentation next tuesday..

nampak tak banyaknya kerja aku? well.aku rasa paragraph atas tu pointless..macam sampah.. macam Dr M** selalu cakap bile kitorang come out with bizarre or extraordinary reasons.kah kah..

Ok tanpa buang masa, aku nak tanya soklan..

1, apa perkara atau somethin yang kau suke kat pasangan anda?
2. apa perkara yang dia buat, yang jadikan kau turn off..?
14 June 2011 7 kemon

ape perasaan anda?

Dari kat kelas punye lah berangan nak masak mi goreng basah..kecur air liur tak payah bilang...tapi jangan risau, kadar fokus masih lagi berkadar langsung dengan waktu kelas..

Balik rumah ,terus masak apa yang diidam...

10 minit kemudian, setel..

layan dengan teh o suam

tapi...turn off..



kenapa mi lebih kapur...


dem..
13 June 2011 8 kemon

well, ni pendapat aku

Aku,even macamni, suka kutuk-kutuk orang ,tapi dalam masa yang sama aku juga kagumi kecantikan sesorang..kalau pompuan tu cantik, aku puji je lah dia cantik..tak da lah aku ni setiap masa mulut jahat je.

aku jugak pesen yang bersangka baik kat orang especially yang so called alim. means, aku kagum dengan dia, kagum dengan kelembutan dan kebaikan yang dia ada..pandai dia jaga adab dia ..dan same goes to guy yang baik.

dan, aku juga sangka orang cam dorang ni sentiasa optimis dan amar makruf nahi mungkar..

tapi...

tak perlu la sentiasa mengambil gurauan sebagai menda yang salah atau buruk.
dan
jangan judge orang macam aku ni buruk sangat..

aku tak pernah bersangka buruk kat kau, kenapa kau bersangka buruk kat aku..

pelik-pelik

dan ada comment anynomous yang berkata aku ditutupkan hati.*lebih kurang lah ayat dia..*aku rasa komen kau tu sangat memalukan,kau sapa nak claim aku da ditutupkan hati?

dan..

aku jugak sick dengan orang yang asek cakap "at least dia da buat suruhan yang wajib , so kalau dia berdating tu dosa dia dengan tuhan"..so kalau aku tak pakai tudung, tu dosa aku dengan masyarakat?ayat kau sangat tak masuk akal lah!


sick and tired...
7 kemon

Saya dan JPJ

Pagi tadik jam 7.04 bangun, teros siap-siap., kais seluar slack terpakai dalam bakul sebab malas nak gune seluar baru aku teros match dengan kemeja lengan pendek..FORMAL yaw..bukan nak pi clubbing pon.time ni hati tak debar gi..ikut setting biase-biase je heart rate..

tibe kat sekolah memandu, aku dapat giliran no 14. nice one..tengah-tengah..takde lah cuak sangat..

first event adalah parking. kamon, semua orang tengok kau buat.macam-macam ragam dow.ada satu makcik ni kesian gile, press minyak kuat sangat, pastu lepas clutch segan-segan ..fail kat bukit..tak tahulah ape nasib dia kat sesi 3.

Aku time bukit, dengan parking cool je.aku cuak mati enjin kat 3 penjuru je.sekali alhamdulillah pass..

time sesi 3, dengan penuh hormatnya JPJ aku pompuan..aku da cuak ah..cepat-cepat aku buat-buat selekeh..kang lawa sangat dia cemburu,dia cemburu dia fail kan..first thing pon aku da lupe, lupe pakai seatbelt..cilaka! .aku da pakai tetap dia pangkah gak..nasib tak suruh tukar driver, kamon .takkan depan sekolah tak kuar gate gi nak tukar.malu ah.ahahah..

kat jalan ,semua cool je.tetibe kat traffic light, dia sound aku ,"awak tahu tak awak da bape kali asek berhenti kat line putih ,awak tahu tak awak da lakukan kesalahan mandatori ni..cikgu awak tak ajar ke?"

peh..time ni aku punye debor, kucing je tahu, aku mintak maaf cepat-cepat..aku da muke macam mayat time ni.aku drive je, sampai masuk sekolah..dia tak mintak tukar drive maksudnya aku pass ah!.ahahaha..

masa before aku ,dia yang drive masuk sekolah.memang habit dia kot suke fail kan orang.

instructor aku kate,dia memang suke failkan orang..dem..nasib aku pekena mandrem sepam tadi..

pms; ada sapa nak taja kete sebijik kat aku?
11 June 2011 9 kemon

give me everything

Aku tengah gile nak arwah kat lagu ni ..lagu ni yang aku dengar hari-hari masa lari ,masa wat esaimen, masa mandi..ah tak kira masa lah..

hangpa tengah gile syok dengar lagu pa?
13 kemon

Sentuh sikit je pasal condom

Aku sekarang posting Primary Care, which is focus on early prevention of illness or injury. mainly kelas banyak kat health centre or private clinic.

so aku memang sikit pon tak nak sentuh pasal posting bosan ini selepas posting public health *sumpah aku tak tahu ape aku belajar tahun 2011 ni.*

aku just nak cakap sikit pasal condom:

1. Tahukah anda kat klinik kesihatan pon provide kondom??
2. Pakai kondom ikut saiz masing-masing. pasangan kene jugaklah tahu saiz pasangan.
3. pakai ketika penis tengah erect, jangan mengada pakai awal-awal...
4. Pakai dengan betul untuk mengelakkan kondom tertinggal dalam vagina. *funny? tak..its happen.
5. jarang ah kondom nak bocor,beli lah jenama Durex.
6. Lepas habis, keluarkan dari penis dan buang.jangan re cycle. kedekut sangat aih.
7. jangan biar je kondom dengan penis dalam vagina lepas bersama, nanti penis kembali ke bentuk asal, kang takut semen leak keluar..so sia-sia je..
8. jarang perempuan ada masalah allergy kat latex. .

kondom selamat 99 peratus jika dipakai dengan betul..

selamat mencuba.
10 June 2011 13 kemon

Barbican barbie betul la..

Aku could killing for a bottle of Barbican kau tahu tak?

setahu aku barbican ni da ada kat pasaran bertahun dah, kenapa baru recently nak kecoh tak halal pulak.

berbotol dow aku da telan air Barbican, mabuk tak payah cakap ah, tertidur aku kat toilet, sedar-sedar kepala kat bowl jamban...punye la hebat penangan Barbican *

alih-alih hari tu dapat tahu Barbican tak halal, kecewa kau tahu tak? feeling-feeling order tiket wayang sambil pegang Barbican, memang tuhan je tahu cool dia. *memang aku bajet cool*.kah kah..

aiseh, kecewa betul,baru kat malaysia da payah nak cari air yang cool dan halal tapi fun ..ini kan pula kat luar negara. entah-entah kat luar lagi senang kot??

dem
10 kemon

KL gangster yaww

seperti biase, malam khamis aku da gatal ketiak nak tngok wayang...so sebab tak nak jadi manusia so 2000, aku tengok KL Gangster arahan anak Yusof Haslam..Samsul Yusof Haslam...

Ringkasan:

1. Kau tak payah jadi pelakon lah Samsol...duduk kat kerusi jadi pengarah film je dah..kalau nak berlakon sangat berlakon lah cite sperti " sehitam cinta selulitto.".kau memang fail sangat ah berlakon yang ada watak sebagai gangster...sebab ape tak layak??

a) gangster apa pakai baju bergosok.kemeja plak tu...org lain punye gangster baju tak la se nice kau..
b) kau kene masuk kelas seni pertahankan diri dulu la, amek berkat belaja skill terajang gaduh, pukul-pukul..ni kalau nak bergaduh pon ajak orang tahan then kau terajang tak ke rasa pompuan kat situ??
c) kau rasa langsi bile ada pistol mahupon parang je kan? bile barehand kau kecut kan?
d). kau punye watak melayu kan? kenapa cakap nak slang cine je...mak kau yang kahwin dengan king tu cine ke? dah la baku...FAIL.
e) kau berlakon filem romantik lempang pompuan je lah eh..please...
f) sembang dah habis langsi, tapi mati kejap..tak cukup Jahat ah kau..bak kate pepatah, orang jahat susah mati.

2.  Aaaron Aziz;

a) lu memang hawwtt bro tapi kenapa tunjuk part semayang tang bace doa je ? at least sujud ah sikit..
b) lu gado-gado memang in lah! nice gile lu lempang budak2 tu dekat kedai makan.
c) lu memang buat gua rasa nak kiss lu lah kan..

*cukup ah,before aku buat entry bias.

3. Ady putra :

a) kau punye badan makin hawwt..bagus., jangan ikut sangat samsol tu, gangster tapi kerempeng.
b) nice gado scene,tapi bunyi dusyum2 tu kalah cite keling lah!.
c) tu je komen aku.

4) Sofi Jikan.:

a) tahniah, kau memang lakonkan semua karakter lah! jahat bole, gaduh-gaduh bole, lawak bole..
b) dialog-dialog kau memang power..
c) nice gaduh scene jugak, biar kurus tapi jangan tak gune macam Samsol.

5) Zeti:

kamon. kau tak cukup hawwt untuk berlakon sebagai watak zeti..
kenapa dia ni yang berlakon? si syirah ni?
dia kawan baik twitter Samsol ke?
dia tak cukup bitch la..
aku lagi *pelacur lah!.

6) asal gaduh je mesti nak jalan ramai-ramai kat jalan macam ada perarakan Thaipusam bawak parang cota bagai..

tak bole nak bawak bincang duduk semeja langsung..asek nak terajang aja,,darah panas betul..

7) Mana polis disaat -saat begini? buat roadblock? selesaikan kes rompakan? tertidur? nak selesaikan kes "langsi lu mati yang tak best tu?"..ada la sekali polis tunjuk muke part si Ady putra tu gaduh,tapi ape kes buat round bawak senjata api besar gedabak?tak in la cite melayu takde adegan kejar2 kete waja polis dengan skyline gangster..

8) cite ni ok lah jugak sebab Zizan bagi lawak gelak2 sikit ,plus si sofi jikan tu, nice lah jugak..

aku rasa film ni takde nilai-nilai melayu sangat.lebih kepada semangat cintakan SLANG CINE BUKUITT"...
hormati orang tua..film ni ajar budak kuang ajar dengan orang tua...

konklusi; 7/10

pergi lah tengok!.
09 June 2011 10 kemon

Kepada perempuan.

ni nasihat lah!.

1. Jika anda ada vaginal discharge, yang hingga kan orang tepi anda pon menjarakkan diri dalam lingkungan selamat, harap anda sedar diri.Sile pergi ke klinik untuk mendapatkan ubat.jika anda dara,jangan gune pessary,makan je pil..

2. jika anda adamasalah keputihan, sile cek balik, panties jenis ape anda pakai.disarankan pakailah panties yang diperbuat dari kapas kerana faktor penyerapnya yang bagus..dan rajin-rajin tukar panties atau panty liner.

3. jika vaginal discharge berpunca dari hubungan seks, adalah disarankan, mengamalkan aspek kebersihan dan dapatkan rawatan..

* kan ada produk douching kat drug store, tolong please jangan amalkan sebab anda bisa membuang bakteria baik

4. Jika anda hendak berlari, pakai lah sport bra, jangan la pakai bra yang biase je...nanti layut,..nak tarik hati sapa lagi?nanti kecewa dengan diri sendiri dan juga suami/ bakal. nak pakai lama kot breast tu..

5. jika anda sedang period, tukar pad rajin-rajin.segan lah jika orang sebelah dapat tahu kite period sebab bau kat bawah tu kuat sangat..malu ok

6. bile doktor tanya bile last period, bermaksud..tarikh terakhir anda datang period pada hari pertama menstruation, bukan hari last period habis...ok??note sikit...payah nak explain..

sebabnya;
a) kalau nak buat x-ray ,juru x-ray akan tanya last period.
b) nak tahu anda pregnant ke tak.
c) nak tahu punca sakit tu sebab pe.
d) nak start pil hormon pon..

7. rajin wat senaman Kegel untuk bikin kencang dan senang beranak..
ok...tak note okeh!
7 kemon

yes ,kali ni aku kutuk diri aku pulak lah eh...adil

well, lepas 2 hari internet bengong, hari ni baru dapat online....so ada comment dari anynomous..untuk entry KENAPA bertarikh semalam lah kot..ke bile...berbunyi..

''Lagi baik dari tak pakai tudung pastu pakai baju macam sial. Nak g hospital ke nak g clubbing? Satu hospital duk kutuk ko tak sedar diri. Cermin la diri tu. Dah macam pelacur aku tgk.. Perangai pun macam bitch. Gedik tak tentu pasal. Pastu budget cool.. pegi mampos la ko..stakat buat blog nak kutuk org sana sini tak payah la..cermin la diri tu dulu.. Budget maksum.''


Dulu masa aku fail 2nd year examination which was professional exam, aku pernah kene marah dengan one of Prof because aku pakai jeans and t-shirt pergi kelas time supplement ...well, memang tu salah aku,..so aku admit lah..and it was 2 years ago and now aku da 4th year preceding to final year this july ikut pada intake or still 4th year ikut pada phase. whatever it is.

by time proceed..masa aku phase 2, aku masih pakai seluar slack yang aku consider and akui ketat and aku rasa attire aku masih lagi tak sesuai sebenarnya tapi aku masih cover dengan lab coat labuh....

now aku da Phase 3B, dan sesedar rasa aku , aku dah tak pakai seluar slack ketat dan hari-hari aku pergi kelas aku pakai seluar slack and kemeja or baju kurung....untuk official kelas aku memang berpakaian formal.jika takde kelas aku memang bitch yang tido je kat uma..

so awak, bila masa saya pakai baju pergi clubbing?? and btw, pernah pergi clubbing ke??? well i assume, budak college i or specifically MBBS student kan BAIK....aku je yang bitch..

phrase ko cakap 1 hospital kutuk aku tak sedar diri, ...kiranya aku ni famous amos la kan?? satu hospital kenal aku....well,susah gak jadi artis ni...*ihik-ihik..aku da cermin diri, jangan risau, aku memang dilahirkan tak sedar diri, lagipon aku malas nak mek port ape orang kate, buatpe nak sakitkan hati kite sendiri kan??


jap...ada juga kau kate ,aku macam pelacur??

hmm..so tang mana yang aku nampak macam pelacur?? tetek aku besar sangat ke? kalau aku nak pakai baju dedah tetek, aku tak pakai kat kolej, mungkin kau nampak aku sekitar hospital ke?tapi aku da lama tak pergi hospital sebab aku posting kat community..

well, aku memang gedik tak tentu pasal ..ala, kamon, aku tengok semua pompuan gedik tak tentu pasal..jika kau pompuan , aku berani kerat jari kalau kau tak gedik tak tentu pasal jugak..sebab pompuan..nature dia kan gedik ..

well, aku tak pernah bajet maksum mahupon maxim atau ape jua yang sealiran sebab aku memang tak sempurna..tapi entry KENAPA tu aku kutuk orang ke? kan aku tanya kenapa orang pertikaikan orang yang nak berubah ke arah kebaikan??tu kira aku kutuk ke??

kau reti bace ke tak ni??

ok- ok..untuk adil aku kutuk diri aku sendiri eh..

1. aku gemuk,
2. aku gedik tak tentu pasal.
3. aku suke gelak kuat tak tentu pasal.
4. aku ada delusion.
5. aku tak sedar diri.
6. aku memang tak baik
7.aku bukan pelacur lah mahupon kaki clubbing.
8. aku tak minat nak jadi doktor pon..


enuf tak?? ke nak tambah..

no hal...

:)

mungkin pasni aku akan tukar konsep blog puji diri dan memuji orang lain dan blog copy paste pasal kesihatan di google??

PMS; sebenarnya bagi aku kau ibarat sampah,berbau busuk dan merosakkan pandangan,tapi sikit pon tak jejaskan aku ,sebab aku dah buang kau kat dalam tong...
07 June 2011 9 kemon

kenapa?

DISCLAIMER: entry ni takde kaitan dengan aku

Ada kawan-kawan aku sekarang yang berjinak-jinak mula pakai tudung sekarang..alhamdulillah dia nak move one step forward untuk jadi orang yang lagi bagus...*hendaknya*

tapi kenapa ada orang sok sek sok sek tanya...

"kenapa dia pakai tudung dow?"

nice ah dia pakai tudung, tapi kenapa tetibe ek?"..

"ala, pakai tudung pon kalau kuar tiap-tiap malam dengan bf ape jadah kan??"..

well, bile orang berubah kearah kebaikan pon orang pertikaikan. buat salah dikecam, then ape nak buat untuk puaskan hati dan senyapkan mulut?

tapi tang yang ketiga tu memang tak patut pon. ape kes nak kuar malam sampai tak ingat dunia kan? orang lain pon bercinta gak, takde la kemaruk sampai macamtu..


tepuk dada tanya size bra bape.ahhaha
05 June 2011 11 kemon

mari berborak bersama Aminah

Entry ni aku khas kan kat orang yang bercouple, yang dah berkahwin kalau nak masuk campor pon oraite gak ah.

Dulu before dengan aiman, kalau orang tanya aku single ke ada boyfriend, memang payah ah aku nak jawab aku ada bf.hhahaha..tak gune kan!

sebab aku rasa kalau aku mengaku ada bf market aku jatuh. dan aku rasa ada ramai yang kat luar sana pon camtu. bile tanya da ada gf ke bf mesti macam berat sangat nak mengaku...

bole bagi reason napa??

tapi ada je yang da kahwin tapi mengaku single..tu memang aku rasa over the limit. kalau da kahwin gentle ah cakap da kahwin,ni tak ,gatal sangat nak menjalar mengaku bujang..



anda mengaku anda adda bf/ gf?? jika tidak?? kenapa?
03 June 2011 6 kemon

hari ni saya QTI ,yes saya ok ..

Malam tadi lepas gayut dengan Saufi tido dah pukul 3 lebih.tapi sebab otak da set jam kene bangun kui 7.45 ,terus otak tu mengada suruh rembes adrenalin lebih so aku terbangun 7..30...

mandi-manda, kui 7.55 gerak. janji 8.30. sekali kui 8 aku da sampai..memang over excited.kalau aku pekena tido seround dua ni tak jadi masalah sepatutnya..

Before test, aku prektis-prektis dulu penyedap perasaan..dalam jam 10 camtu aku start test. Dia suruh jalan A,tapi aku request  nak jalan B..sebab tadi aku lalu jalan B..sumpah tak ingat jalan A dow.

settle jalanraya, aku daki bukit..cinabeng..time ni la nervous da datang..aku daki 3 kali kot.ahhahahahahahahahahaha.....lain semua nice....so pass ah..tapi kalau JPJ memang aku kene kilat kasut dia pon takkan pass punya ah..

habis test, aku sambung jalan-jalan kat jalan raye,tibe kat traffic light kat Meru, depan aku trak, tetibe ada motor dari tepi datang, ramai kate dia laju, sekali dia langgar belakang trak. muka dia lekat kat dinding bai..cilaka..depan aku ni..aku da bertasbih bertahmid satu pakej sebab tak sangka jadik depan aku.Nak berhenti instructor tak bagi..lepas langgar, motor dia auto ketepi ,dia land dalam longkang kat tepi .agak dalam ah longkang tu..

hope dia selamat lah..

ngeri...

Saufi , bawak madass hati-hati.
5 kemon

X-MEN FRUST CLASS.

tajuk pon da melambangkan aku frust tengok cite ni. well ,what do u expect..da nama 1st class... so x-men kali ni menceritakan macamana dorang jadi watak-watak tu..

banyak cakap i guess, aku lagi suke x-men yang before-before ni..lagi berbaloi..

dari tengok cite ni baek beli buku aja..

or belanja aku ayam penyet..
02 June 2011 16 kemon

movie first aku ....

Aku tengok wayang first sekali masa tahun 2006.time ni kat matrik penang..

movie first aku tengok cite my heart...amek kau.jiwang tak jiwang..

my heart ni movie pertama yang melonjak naik kan nama archa septriasa dengan irwan syah..kamonlah time tu semua kata mamat mata keror tu hensem, aku tak rasa camtu pon.cume aku rasa acha tak keliru ke irwan syah pandang dia ke pandang pompuan lain time borak? heh. jahat gile aku..

Sejak tu ,setiap minggu aku akan tengok wayang, serius weh, aku gile wayang.kumpul tiket wayang tu dekat sekotak.

now da kat U pon aku still kaki wayang..tapi tak seteruk dulu lah..cume, aku dapat rasa nanti aku kerje payah ah nak tengok wayang...bole tak ,time on call curi-curi tengok wayang, nanti ada call, lari jap balik hospital..heh...zombi betul.

so , ape first movie korang??

pms; malam ni layan xmen first class!
20 kemon

regarding blog adinda,,,,

Esok aku ada test end of module for public health posting.tapi apa jadah aku asek klik older post kat blog adinda ni..

lawak ada, kesian ada , sedih pon ada. segan ada ..tapi kebanyakannya lawak ah..

lawak gile...

tapi serius kesian dekat kau dik.

aku form 2, bodoh je.pergi sekolah tahu belajar aja. takde la nak pergi starbuck pavi ke, rindu -rindu ke..nak pergi hangout gombak ke..nak belog ke..

tapi entry berani mati dia yang pasal mengaku takde dara tu ah..memang kecoh gile..

umur 14, satu fasa dimana mereka ni nak adjust diri dari kanak-kanak ke remaja. fasa yang mana mereka nak cuba semua benda, diri mereka fragile sangat time ni, sangat-sangat perlukan ibu bapa untuk menjadi pemandu arah mereka..

fasa ni lah yang mereka sangat suka memberontak, nak menang aja, nak rasa mereka da cukup dewasa, fasa dimana mereka juga sangat cepat tertarik hati dengan jantina yang berlainan, fasa mereka nak kenali identiti mereka sendiri..

so semua fasa ni terjadi dalam area umur begini ....

suppose ibu bapa kene main peranan yang sangat penting.mungkin mak bapak dia sangat garang dan tak demokrasi hingga menyebabkan dia ni jadi macamni, atau ibu bapa dia sangat tak mek peduli lalu dia jadi jugak  begini..


mungkin dia da salah pilih kawan...

hanya tuhan je tahu..



aku tahu dia akan segan yang teramat sangat dengan diri dia 5 tahun akan datang...

kepada adinda.. akak ucapkan good luck..semoga tabah harungi kenyataan yang pahit pada masa akan datang..

summary blog adinda ni:

1. dia ni rasa dia da cuba semua menda termasuk illegal sex.
2. dia nak kan perhatian
3.dia banyak penonton khayalan..zaman ni memang banyak gile penonton khayalan.
4.dia rasa dia comel dan hot tambah adorable
5. dia sanggup buat ape je untuk dapatkan kebahagiaan..
6.dia suke starbuck dan lepak pavilion.tempat paling up..! erkk.
7.dia banyak bf..semua dia kata comel..FYI, bf comel adalah gay.
8. dia kesian ..sebab dia tak rasa ape dia buat tu salah.
9.dia rasa entry dia tu sweet..
kencing manis aku.


pms; mungkin aku akan jadi pakar psikiatri..aahahaha..
01 June 2011 19 kemon

serious tak make sense ok..

Nama college; UniKL RCMP  (royal college of medicine perak).
batch: Pharmacy .( khususnya..melambak).
tahap rage: memang aku tak peduli....

Aku serius rasa fesyen tudung yang korang pakai sangat tak make sense ....dan selanjutan dengan itu , aku DIPAHAMKAN ada pertandingan pakai shawl lah kot..tak silap..

ni mesti geng-geng kaki shawl yang anjurkan..pastu seret budak-budak tak reti pakai shawl join sama dengan harapan kau lah role model paling nice pakai shawl..dorang yang follower pakai konpom selekeh..

Ada sekali tu aku lepak kat kafe, sekali ada geng budak FARMASI SHAWL datang nak makan..amek kau, ada satu pompuan ni pakai style Hana Tajima tapi berupe seperti cik buahan..sebijik..dengan kain licin tu, kau pakai kat kepala, pastu merapu ape, lilit pelik-pelik terus jadi hodoh..kalau kau pakai biase-biase konpom ayu..serius...

pastu ada segerombolan datang lagi..yang ni lagi merapu...hasil lilitan da macam makcik pegi kutip biji kelapa sawit kat kebun tu...terapung-apung...serius tak make sense..

kamonlah..kalau rasa pakai tudung lilit tak mesra dengan gaya dan rupe anda..tolong la jangan pakai..

tak semua orang kelihatan cantik dengan gaya sebegini..

dan lagi tak cantik bila ditambah dengan ribbon, skaf ape kat kepala macam style Fatin Liyana...kamon..tu fatin liyana.. kau ???da macam pameran dah dow.

malaysia panas .so jangan pakai jaket, dress, pastu seluar skinny jeans, pastu pakai inner kat dalam dress, pakai tudung lilit 3helai....berlendir ketiak ok!

tak puas hati ,jangan terus nak serang..pikiaq betul-betul dulu...ape2 hal carik gua kat kafe.ahahha..
 
;