28 October 2011 8 kemon

Antara sebab kenapa aku kalau bole tak nak mintak tolong.

Aku ni,nak kata kera sumbang pon bole?? ke entah la..cuma aku tak reti bergaul dengan orang sebab kalau bole aku memang tak nak susahkan orang unless memang da takde pilihan baru aku akan mintak tolong sebab aku akan rasa bersalah gile-gile punya.

Memanglah hidup ni kene saling tolong menolong bermuafakat satu sama lain.Gotong royong dilakukan pada hujung minggu membersihkan kawasan dalam dan luar rumah mampu mengelakkan gejala Aedes mahupon seks bebas *ok aku da melalut*

ok berbalik kepada topik itu,seperti sedia maklom aku hanya mempunyai motor, jika hujan basah,jika panas legap.

Antara kenapa aku tak suke nak mintak tolong orang:

1. Aku takut aku ganggu masa dia.
2.Aku takut aku akan terjahanamkan kereta dia .
3.Kang dia eksiden ke ape time nak tolong aku maka aku jua yg dipersalahkan.

Maka dengan sebab itu lah aku kalau bole memang tak nak mintak tolong..menyesal aku.
26 October 2011 23 kemon

Nak hadiah apa?

Aku anak sulung,lahir dalam keluarga yang susah..Bukan susah yang dicakap-cakap,yang dikatanya jual aiskrim depan sekolah tapi pakai kereta besar, rumah bergedang..bukan itu .bukan..

Dari aku kecik, aku macam kurang dapat rewards dari keluarga kalau menang itu ini ke kalau result bagus ke apa. Hanya nampak muka mak ayah yang senyum dan kata ucapan tahniah ..Bangga dia...bangga hingga hari ni, anak dia sorang ni nak jadi doktor,walhal bukan bole kaya pon unless aku jadi specialist kat swasta and pilih pakar yang bole make money.Tapi sebab hanya itu lah yang mak bapak aku bole bawak modal untuk bercerita..selain itu takde apa,takda harta ,takda tanah berekar untuk disembangkan..

Aku kadang sedih gak tak dapat pape sebab da usaha penat-penat untuk lulus peperiksaan,tapi aku paham, dorang takda duit nak bagi aku hadiah atau nak bawak jalan-jalan.Aku masa kecik-kecik tak merasa naik kereta,dah besar sekolah menengah baru ayah mampu beli kereta.Aku tak pernah melancong kemana-mana.Masa sekolah orang pergi rombongan tapi aku tak penah pon nak tanya mak bole ke tak pergi sebab aku tahu mak bapak aku takde duit.Dari kecik kene belajar paham keadaan..

Now aku agak macam "ekeleh"..pass sikit je dah dapat itu ini.ye lah aku jeles...betullah,itu bahagian dia..bahagian aku,aku miskin.so kene sedar diri.Dan aku agak terkilan bila darah daging sendiri utamakan orang lain dari mak bapak sendiri.Aku tahu kitorang kene banyak 'paham' sejak kecik tapi tolonglah bagi mak ayah senang sikit je dulu..Aku memang harap sangat mak ayah aku hidup sampai aku da kerje sebab aku nak bagi dorang senang.Nak bagi dorang hidup selesa,bole beli itu ini. Memang cita-cita aku besar..memang,sebab dorang sangat hidup susah dari kecik...

Aku tak tahu kenapa aku cerita semua ni, memang tak patut aku tulis tapi aku nak luahkan apa aku rasa.Orang kata belajar kolej swasta kaya,tak..batch aku, aku sorang je perempuan bawak motor pergi kelas.Baju aku jarang bertukar.kasut aku tu aja lah dari first year.Makan aku bersukat.Orang bila dapat elaun  perkakas atau buku, dok beli buku, aku dok bagi mak , and beli baju seluar,sebab dendam tak dapat beli masa bulan-bulan biasa.

Tahun lepas aku lulus exam,abang angkat aku bagi hadiah mp3.Happy gila dapat mp3,aku guna sampai sekarang..Seingat aku ,ni lah hadiah pertama aku dapat sempena lulus peperiksaan sejak aku kecik lagi.Masa aku PMR, mak bawak aku makan KFC je, sebab gembira aku dapat 8A.tapi riak muka gembira dia tu hadia paling bermakna..

doa segalanya berlalu dengan cepat.

pms : masa tengok cite Laskar Pelangi,aku nangis.Sebab cerita tu memang betul-betul buat orang sedar,keikhlasan menuntut ilmu,sanggup jalan jauh sebab nak menuntut ilmu.Apalah sangat dengan kesusahan aku ni jika dibanding dengan mereka..
24 October 2011 9 kemon

jangan bikin twitter jika.....

Aku akui twitter aku macam hell tak best punye sebab aku lebih kepada emo, maki,dan nota exam je lebih dalam tu..ok,bole tekan butang unfollow jika muak bace..

Tapi yang aku tak berkenan laa ni kalau bikin twitter tapi aku asek dok bace hangpa punya kisah cinta kemesraan berdua oh sungguh indahnya dunia kita..nak tanya dah makan ke tak,sms pon bole,bbm pon bole, direct message pon bole,dah habis kredit bole klik freesms.com.

Aku nak unfollow kang perasan pulak,tarik muka,terpaksa la cepat-cepat laju scroll timeline...

please,orang lain jugak bercinta oh indahnya dunia..bukan anda seorang ...

:)
20 October 2011 10 kemon

Kau gaduh hari ini ye?

Entry ni in response kepada video pompuan bergaduh di kedai kasut,perempuan bertudung tu kerje kedai kasut gamaknya. Kedai kasut mana ye??

Mak aku pernah citer dulu, masa dia sekolah menengah, dia ada nampak sepasang perempuan ini bergaduh dengan penyapu lidi kat bus stand berebut jantan...mak kata dia bergaduh berebutkan bapak aku..well, best women always win..dapat kat mak aku jugak.Tapi macam malu lah, da cerita dekat berpuluh tahun tapi tetap menjadi buah mulut hingga ke anak cucu..Kan malu bile kang aku jumpe makcik2 tu and mak aku kate ,'haa..ini lah yang gaduh berpenyapu kat bus stand dulu".. mana nak letak muka???

Well,perempuan kat luar sana, nak gaduh berebut jantan jangan di tempat awam,pi tandas awam,.pastu tariklah rambut lempang sepuas hati..orang tak nampak..lelaki tu takde nya nak kat kau..dia pon malu..

Aku pon tertanya-tanya jugak pasal video tu, kenapa pompuan tu tak main terajang-terajang?? tak reti ke?aku reti je main terajang2 dgn adik laki aku..tumbuk-tumbuk ke,tapi hati-hati ,nanti kene Bennet fracture plak..

aku janji,nanti lepas final aku reply komen.:)
17 October 2011 5 kemon

sorry.bukan sombong

Aku tengah study week, 2minggu lagi nak exam,so kene fokus nak arwah kat study wat masa ni,sesapa yang message kt facebook aku mintak sorry,bukan tak nak balas atau tak nak layan,tapi aku tengah dalam mood tak da mood.macamana tu?

Last week aku sempat pergi ke Janda Baik untuk berkelah bersama keluarga Saufi.Hampir-hampir sebeg ikan nak kene hanyut sebab dia ni pergi lepaskan ikan tu,nasib aku yang pintar ni pandai tangkap beg itu dan membakar lah ikan itu di atas bara...apa kaitan pintar dengan tangkap ikan??

Lepas berkelah di sana,aku mengugut Saufi yang penat untuk pergi ke Bukuit Tinggi sebab aku jakun tak pernah pi..

Tarak apa pon kat sana...

amacam?nak seframe pool??

apa-ape pon doakan aku pass final phase ni..dorang kata soklan susah dekat-dekat nak arwah..

aku nak pi bercuti weh.
14 October 2011 8 kemon

tanda-tanda anda dilamun cinta.

Jika anda berkenalan dalam facebok.. ni mungkin berkaitan dengan anda...yang lain bole diam aja.

sila pasang lagu najwa latip cinta muka pintu untuk lagi sedap.

1. Masa bosan-bosan, anda mula lah review sapa yang anda berkenan,sekali ada satu mamat ni "nampak macam hensem" tapi sayang, lock pulok profile nya,anda mengambil langkah add dia dan menunggu feedback dari dia.

2. 4 hari kemudian......dia approve anda, status " Aminah are now friends with Amin"....anda pon sengih gembira..

3. Lepas tu apa lagi ,anda stalk la semua folder gambar yang sedia ada,....Semua ok.semua...yang picture tag dari rakan dia pon anda belek..

4.Bila kita nak sukakan seseorang kita akan tengok picture dia yang paling perfect..mana picture tunjuk muka buruk kita kata semat dalam hati ,"takpe,efek gambar je.gambar lain hensem je ni"...

5. Kalau tak nak nampak gelojoh,kita terus direct message "hi thnks approve :)" ..

6. Pastu semua status dia kita nak like...

7. satu hari tetiba hangpa ni rajin,lalu terus godek more stories sampai hari pertama dia bikin facebok.tu lantak lah, lamat pon takpa,minat punye pasal...tup-tup dah berpunya..



PADAN MUKA!
2 kemon

kalau da putus cinta

Tiada kaitan dengan hubungan percintaan aku, ni sebab aku tak bole tido je.

Kalau da putus mesti......................

1. Kalau stok yang asek berkepit dengan pasangan,dah putus mula la nak cari rakan dan bergaul mesra.
3. Mula berpikiran secara islamik dan terus pegi page, "budaya kapel itu haram"..lalu tekan LIKE.
4. Terus potong rambut sebab nakkan kelainan.
5. Perkara pertama yang dilakukan selepas putus ialah delete number bf/gf..tapi isunya, hangpa da hapal number markha masing-masing lagu mana nak lupa?
6. Jenis yang ektremis, terus pantas upload gambar bogel pasangan atau video 3gp. kih koh..
7. Sapa yang dok galak bikin kisah percintaan kat blog,terus delete entry2 "how i met my HINCHIK-BALAK- AKU- SORANG -JE -HENSEM", atau "HARI KITA DATING DEKAT CHILLIS GILLIS.".
8. Semua folder gambar tunjuk muke senget kanan,senget kiri, gambar sudut atas,gambar dalam kereta,gambar laga pipi, gambar setiap kali keluar date akan didelete, tapi 5minit kemudian, bukak balik recycle bin dan restore semula,pastu crop picture yang mana dan, pastu delete semula.kih koh..
9. Lebih memilih untuk bertapa di bilik,takut kang naik kereta ingat partner, order teh ais ingat partner,pergi tengok wayang ingat partner.grrrrrr...tension..
10. Tukar status "in a relationship @ Married" kepada Single.


cuba angguk mana yang tepat kene dekat anda!

 ni perkenalkan Alya dan Ummul Falah.. *alya,aku da tepek gambaq hang,jangan nak sumpah aku ada liver fibrosis lagi.kih koh*
12 October 2011 0 kemon

a real life event

Kejadian ni terjadi masa aku nak pergi KL dari Segamat. Makbapak aku hantor pegi bus station segamat pagi tu, bus aku pukul 9.jam menunjukkan angka 8.30 so aku pegi makan pagi dulu dengan depa.Aku jenis suka tengok orang, so mata aku tertancap kat satu perempuan ni,dia rendah about  <150cm.Time dia nak duduk, aku pusing belakang kat arah meja dia,dia dengan "bf" dia..Tapi bapak aku kate,tu laki dia..aku tak percaya..takpe abaikan je argument ni ..

Jam 8.50am....

kitorang dah nak blah, tetibe aku dengar ada orang jatuh dari meja, aku tengok laki dia terbaring kat meja makan, bapak aku cakap dia kene sawan,aku bior aja lah,tapi ayah suruh tolong,dia cakap ape guna nak jadi doktor kalau tak nak tolong.so aku pon tolong lah..

Since kaki dia tersangkut kat kerusi ,so aku tarik badan dia so that kaki kat lantai,time tu dia tengah tonic and jerking .Aku suruh bini dia pangku laki dia, and aku senget kan badan dia sebab aku tak nak makanan dia termasuk kat dalam lung.Time aku nak datang tolong tu,ada ke makcik kedai tu suruh bagi sudu,cepat-cepat aku cakap jangan bagi,patah ah gigi dow..

Dalam aku tengah tunggu dia nak settle down, tetibe ada pakcik datang, kumat kamit bace apa entah..About seminit camtu, dia da ok semula,tapi of cos la dia tak tahu and lemah gila..pastu jam da menunjukkan pukul 9,.so aku cakap kat dia suruh bawak pergi hospital sat, since aku tak sure dia ada ubat ke tak..sebab aku suruh bini dia seluk poket cek ubat ada ke tak, tapi takde.rupanya,dorang baru kahwin and tu pertama kali nampak laki dia sawan...

nota bagi yang ada epilepsi:
1. jangan memandu.
2. jangan berenang berseorangan.
3. beritahu pasangan atau ahli keluarga atau rakan ape yang patut dilakukan time anda kene sawan.
4. jangan panik time ahli keluarga anda tengah sawan.
5. makan ubat.
6. jangan handle machine.
7. please jangan letak sudu and ikat mereka..
10 October 2011 0 kemon

komen-komen dekat past entry

Sorry, aku takde masa nak kelik older post untuk balas komen anda itu..so kat sini summary yang mana aku pernah ingat lah :

1. ada sorang tu komen dia pon ada OCD or obsessive compulsive disorder. Bagi aku, kalau kau bole prevent or pujuk hati kau agar tak terus buat camtu,kau tak payah jumpe doktor,tapi kalau da teruk sampai tak bole tido malam,ganggu kerje mahupun kehidupan sila dapatkan rawatan.no harm pon..bukan dia akan bagi ubat terus,tapi dia akan bagi some sort of therapy.

2. ada yang komen pasal font blog ni, aku pernah view kat pc lain, aku rasa ok je,tak menyakitkan hati atau mata..kalau still susah nak view, nanti aku suruh saufi adjust.

3. pasal kondom yang bole stretch ke tak,aku sarankan beli ikut saiz kau tengah erect...jangan terlalu ketat,jangan terlalu longgar..
09 October 2011 3 kemon

kepandaian gojila

Walau pon gojila ni da besar time aku amek dia, tapi dia ni bijak dan unik..alah,semua pembela kucing akan backup kucing dia and kata kucing dia bijak...tapi tak..ni betul punya..

Satu yang unik pasal dia, kalau kitorang main gumpalan kertas yang macam bola,kucing lain selalunya buat main sepak-sepak bola .tapi dia ni lain..kitorang baling jauh-jauh nanti dia akan kejar,and gigit gumpalan itu dan datang kat aku, and letak bola tu untuk tunggu dibaling semula...yes..sebijik anjing dow...bapak aku mula-mula tak percaya,tapi bila nampak depan mata,bapak aku suruh puji dia and says "good boy!" lalu usap kepala dia...

kucing anda???
04 October 2011 3 kemon

barang mahal, gaji tak naik

Menggigil tangan aku nak menaip lepas dah lama tak buat push up..

Seperti tahun-tahun yang sudah,aku da nak dekat exam final for phase 3b..if pass masuk phase 4 which is last phase..yeay!!

Aku bengang la barang sekarang mahal nak arwah, tapi duit ciput...bile aku mengeluh kata tak bersyukur,tapi.....
(isi dengan perkataan yang sesuai)

So marilah kite menunggu Twilight keluar dekat pawagam akan datang.
 
;