30 December 2011 6 kemon

Parti liar di Excelsior

Semalam geng-geng pi Langkawi dan tambah lagi beberapa groupmate aku telah mengadakan parti terkezut -oh mak -kau dekat Hotel Excelsior.

Parti mengejutkan ini tidak disangka-sangka sebab dah nama terkejut kan,so how to sangka...Tengah sedap-sedap makan laksa,tetiba penyanyi Filipina tu dok nyanyi lagu besday.Aku ingat ada guest lain yang celeb besday,aku buat bodoh je la,tetiba dak ni datang bawak kek..kekekkekke...

Malam tadi sambut besday aku dengan Hani.Belated ekceli. Itu je la hari aku minggu ni.Duit elaun aku tinggal RM50..kelik la nuffnang aku weh..sedih ni ,nak hidup 50ringgit sampai akhir bulan :(

           Ini adalah  Hani.Kek itu katanya sebab kami berdua suka gelak kuat-kuat...

                                      
 
 Ummul Falah,Shafiza, Shafiqa..


 the people yang datang bikin surprise partaayyyyy


 us :)


28 December 2011 10 kemon

memasak

Aku belajar basic living skills especially tentang memasak masa darjah 3 kottt..aku lupa.Mak akan suruh aku belajar kupas bawang,kopek ikan bilis, tumbuk cili and so on step by step..Let say,kalau dia kata nak masak sayur,awal-awal dia akan kata,bapa biji bawang merah,bawang putih dia nak dan sebagainya..Then,dia biar aku kacau godek kat kuali time dia campak bahan...After that,aku belajar bajet bape banyak garam nak letak.

Tapi hingga ke hari ni aku tak pandai menjahit.Sebab aku ni tak sabar,clumsy dan gelabah lebih.Lagipon bagi aku menjahit ni,hasilnya tak bole makan.ahahha....ok fine,berbalik kepada isu masak..

Satu masalah aku tentang memasak ialah aku tak suka orang argue dengan aku pasal step or teknik masak.Ok fine kalau kau kata sayur kene potong macam ni ke apa,.tapi aku bengang kalau aku masak style camni,orang compare style aku dengan orang lain.Let say aku tak pukul telur guna mesin tapi aku pukul gune sudu sampai kembang,so teknik berbeza hasil yang sama,tapi orang nak argue juga nak kata yang aku suppose ikut step yang guna machine.

Bagi aku,setiap orang ada skill masing-masing.Ada orang masak nasi goreng suka gune perencah,ada orang tak suka guna perencah,tapi in the end,tetap jadi nasi goreng.Atau pon ,ada orang suka goreng dulu ayam before buat ayam lemak cili padi,ada orang suka campak mentah terus.So takkan nak ikut step orang setiap kali masak??

Maksud aku disini,tak kisah pon dia masak camana pon,tapi hasilnya tetap sama, pergi jahanamlah kan dia nak buat apa pon..

Dan ,pantang aku satu lagi,kalau time aku tengah masak,aku tak suka orang kacau kerja aku,unless aku suruh,macam suruh potong bawang ke,siang ikan bilis ke, apa-apa ke.Tapi jangan sentuh kuali aku dan kacau masak aku dan arah-arah aku tentang step masak.Sumpah aku bengang.Kalau kau terror masak,kau buat,aku tengok tivi baring macam babi lagi bagus..Yes aku bengang sekarang.ahhahaahhhaha..

Dan,macam aku cakap tadik,aku tak kisah bagi pendapat,tapi jangan compare..dan jangan tanya aku pandai basuh ikan ke tak,pandai perah santan ke tak,sebab aku masuk dapor sekolah rendah.Kau bole tanya anak kau dia pandai ke tak buat kerja dapur.Bukan aku nak cakap aku pandai memandai,tapi the way kau act really irritate me..

Oh btw,selama ni aku masak guna gula melaka ,memang aku cencang guna pisau potong daging,cepat siap,kalau hiris sampai tahun depan baru siap,Sebab tu kuah durian duration hanya 5minutes,bukan sejam..

SEKIAN TERIMA KASIH..

AKU YANG BENGANG
27 December 2011 4 kemon

love you....


Terima kasih kepada gambar rajah objek lelaki di atas kerana mampu menarik nafas dalam-dalam untuk mengawal marah sebab panas baran saya..

Takde orang yang bole buat aku gelak walau tengah marah selain dia..

xoxo.
3 kemon

macam mana?

Aku jarang sms orang selain aiman dan mak aku..Itu je.Ummul dan rakan-rakan lain pon bergantung pada waktu..

So bila aku jarang sms dengan orang,aku agak janggal nak end up a conversation...kadang aku pilih untuk senyap je..bukan bermaksud aku kedekut kredit,tapi aku blur..nak jawab apa..

A day before krismas aku pergi Angkasapuri tengok konsert Ahmad Jais -Budi Setahun Segunung Intan.Macam orang tua kan...well, sekali sekala layan oldies ok what...

Esoknya pergi tengok Ghost Protocol with him and his parents.Bagi aku best lah cerita ni sebab layan kebab seludup sambil tengok wayang.Buatlah sequel ketiga Mission Impossible cepat-cepat..jatuh terhantuk kereta,terhantuk dinding,relax je tak patah kan....tak paham aku..

Selamat tahun baru,smoga anda jadi lebih baik dari semalam

22 December 2011 11 kemon

soul partner

My current relationship really change me a lot.Kalau dulu aku memang kaki flirt sana sini, buaya sana sini,tapi bila dengan dia, aku jadi setia.Tak tahu lah bapa lama performance setia ni bertahan..depends pada kondisi minyak hitam dan minyak gear lah kan.

Agak aneh bila seseorang mampu buat kita berubah bukan kerana diri dia,tapi kerana cintanya..Jiwang kan aku sekarang ni,aku sedar.takpe..keep track..keep track ..It must be somethin about him yang buat aku jadi camni.Jangan tanya apa..tapi tanya kenapa?? kenapa? sebab aku sendiri jua tak tahu..

jadi pertanyaan aku:

apa yang ada pada pasangan anda yang buat kan anda jatuh hati pada dia??

pms: layout da tukar,kotak komen ada pada setiap awal entry,bukan pada akhir entry seperti dulu2.
8 kemon

kenapa aku belajar medic volume 2.

 Aku rasa dulu aku pernah cerita kenapa aku amek medic.Sebab hanya untuk keluarga.ni antara sebab kedua kenapa aku pilih bidang ini pulak...

1. penggunaan ubat: 

Aku bukanlah ubat geek yang kau cakap nama ubat aku bole terus describe mechanism of action dan bla bla bla..setakat basic management dan apa ubat tu punya function aku bole survive la.Sekarang zaman internet,so kalau aku tak tahu pasal ubat tu, aku bole google and pahamkan apa yang mereka merepek pasal ubat tu dan paling penting side effect..so all medical junkies yang mereka repekkan dalam google aku bole paham dan tak terasa naif..

2. penyakit:

makin tua ,makin banyak penyakit datang list down dalam diri kita, So bila orang cakap obstructive jaundice secondary to porta hepatis metastases aku paham lah.dan tak terasa loser bila doktor-doktor ni berbincang sesama mereka.Sebab kebanyakan pesakit yang aku clerk,bila aku tanya past medical or past surgery yang mereka da buat mereka hanya tahu superficial je dan banyak yang tak tahu langsung..either mereka ignorance or doktor malas explain kepada mereka.

3. berkhidmat untuk ibu bapa:

Itu je fungsi utama aku,sebab masa sekolah dulu, bila ayah masuk hospital, aku hanya bole nangis dan doa ayah sihat dan beri moral support je dan terasa macam lemah tak mampu nak bagi ayah sihat.walhal sekolah lagi kot..so takkan la nak jadi terus kottt..hahah.tapi mungkin dari situ kot datangnya kekuatan itu..

pms : Anon previous entry, besday aku krismas ni so memang aku sambut ponnnnn....kau ado?
20 December 2011 4 kemon

Persiapan Krismas

Seperti tahun-tahun sudah, tahun ni pon nak tak nak aku memang akan lalui krismas bersama..Payah jugak,aku cuba jugak buat-buat lupa hari krismas ni,tapi kalau da kat tengah Pavilion pon pokok krismas,nak lupa celah mana iye dak??? dahla sekarang tengah musim salji (bace; hujan) lagi berkobar-kobar den rasa nak hias pokok krismas..

Semoga krismas kali ni aku jadi seorang yang lebih matang dari yang dulu,dimurahkan rejeki, dipanjangkan umur,terang hati dan kaya..nak wish balak hensem da dapat sorang..cukup la sorang.lebih-lebih kang perang pulok..

Sesapa yang bersama Krismas sesama aku, aku ucap Krismas too..kah kah..

Aku nak Iphone jee...jee...bole kan...ahhaha
18 December 2011 8 kemon

maki memaki

Antara aku dengan Aiman aku cuba jaga perkataan aku sebab aku memang tak pandai sakitkan hati selain mencarut.tapi makin lama aku makin kurang carut.Mungkin sebab balut kat kepala aku mula belajar jaga perkataan.

Maksud aku kat sini tentang sakitkan hati adalah bercakap perkara yang melukakan hati...yang mana ada sesetengah orang dilahirkan kat dunia ni dia memang pendiam tapi kata-kata semua menyakitkan hati.

Bila bercakap tentang hubungan, ada pasangan yang bila bergaduh mula la keluar perkataan sebegini:

" Kau memang betina sundalkan...Aku call banyak kali kau tak angkat.Kau merenyam dengan jantan lain??"

" Weh jantan, kau dasar tak sedar diri, kau lupa downpayment kereta tu aku yang bayar,sekarang kau bawak vetina mana kat Kampung Sebelah tu?"..

" Aku dah cakap aku tak menggatal dengan jantan tu la bangang!"..

Ni antara contoh yang come across.Aku tak banyak tahu la sebab aku ni muda lagi,mentah.cakap lebih kang kata tunjuk hebat ..

Tapi memang ada orang jenis camni.Tengah ok, mulut manis kalah Diabetes, lembut gigi dari lidah.Tengah gaduh lupa segala tatasusila, hambur kata-kata nista yang macam paku ketuk kat dinding di umpil balik yang jadi parut yang mustahil hilang walau guna Bio Oil.

Kenapa bila mood elok, sayang menyayang cinta dikenang, tapi bila gaduh saling aku kau betina jantan?ini ke yang dikata sayang setengah mati??

yang perempuan..pikir semula kemungkinan kene penyepak terajang lepas kahwin..

yang laki,pikir semula,ni ke bakal ibu kepada anak kau yang kau nak sangat???

Aku pernah ada rakan yang masa bercinta kene belasah dengan helmet kat pekan, tapi tetap cinta sayang.Perkahwinan mereka bertahan hanya 2 tahun je..masing-masing curang selepas itu,Anak 2 orang pass kat mak yang tak mampu nak sara diri sendiri.
17 December 2011 3 kemon

Songlap

Semalam, aku tengok cerita Songlap with Ummul Falah.Mula-mula aku pikir songlap ni sama je jalan cerita macam cerita-cerita melayu lain, dan lakonan tipikal Shaheizy Sam yang lebih kurang aja bagi setiap filem yang dia lakonkan..

Tapi sangkaan meleset sebab bagi aku Songlap memang cerita yang 'rare' .Dari kisah haruan makan anak, ketagihan dadah, hinggakan sindiket jual bayi dipaparkan dengan nais sekali.Tak perlu tonjol isu Dato, kereta mewah,bisnes juta-juta. Berlatar belakangkan masalah semasa tanpa menunjukkan aksi ranjang da mampu buat filem ni cukup Umpphh...

Filem melayu tak lari dari isu mat rempit,bohsia, Dato-dato sangap, mahupun datin terlampau .Tapi Songlap memberi kelainan dalam jalan ceritanya.

Lakonan Shaheizy Sam yang serius lain kali ni, watak Ad yang dia bawak memang menjadik.Aku macam malas tengok cerita ni pada mulanya sebab aku pikir "ala,asek Shaheizy Sam je..." ..tapi bila da tengok aku baru tahu ,boleh je dia ni bawak watak serius....

Pelakon-pelakon lain pon memang best.Semua bawak watak dengan baik sekali. Laki Lisdawati tu memang pandai bawak watak jahat.

Memang berbaloi tengok cerita ni dari tengok Ombak Rindu.
14 December 2011 14 kemon

Breast cancer

Today we had bed-side teaching session with our surgeon...amacam,ni pon tergeliat aku nak type..padahal present case, seminar semua cakap B.I..

Case hari ni pasal kanser payudara.Aku tak nak ulas lebih lanjut kes dia sebab tu rahsia pesakit.

Kanser selalunya tak bagitahu depa nak datang..maksud aku ,kanser tak tunjukkan symptom,paling-paling kau akan ada benjolan yang tak rasa sakit..It can be there for many months without we noticed their presence.Sebab tu pentingnya buat self breast examination selepas 5-7 hari datang haid.Kalau perasan ada perubahan pelik pada payudara, puting ada keluarkan cecair yang lain dari susu seperti darah.TOLONG PERGI CEK!

Jangan simpan sampai tumbuh ulcer, sampai berbau.besar macam bola sepak baru nak pergi.Masalah utama masyarakat malaysia tentang kesedaran kanser payudara adalah mereka ni segan..segan nak tunjuk payudara kat doktor.Sanggup tu demam, biar besar, bengkak dari pergi jumpa doktor..

 ini adalah tanda-tanda yang dapat dilihat di payu dara yang ada kanser.

 kalau perasan, breast ni besar, merah bengkak dan ada perubahan pada tekstur kulit.


breast gambar kat atas ni dah agak bengkak. Nipple pon tak jumpa dah.

 ni pon sama ,kanser.


 ni dalam kes advanced cancer.



Antara risiko boleh mendapat kanser:

1. Obesiti.
2. Datang haid pada umur awal, dan lambat menopause.
3. Radiasi.
4. tidak breastfeeding.
5. tidak mengandung.
6. umur mendapat anak pertama lambat.
7. pil perancang dan hormon replacement therapy.
8. gene BRCA1 &2.
9. sejarah keluarga mempunyai kanser payudara.

gambar ihsan dari Google.
12 December 2011 7 kemon

Saya dan Manggi

Aku bukan penggemar mi segera secara jujurnya.Dan seperti sedia maklom mi segera menjadi makanan ruji masyarakat asrama dan masyarakat pengunjung kedai mamak.

Kau orang mesti selalu aja tengok iklan Maggi yang dia main sorok-sorok pastu mak dia masakkan maggi untuk dia pastu kawan dia serah diri tak nak main sorok-sorok sebab bau maggi sedap sangat sebab mak mereka pemalas tak macam mak budak laki ni up rajin sikit bole masak maggi untuk tarik hati mereka.

Yang aku bengangnya,dahla Manggi tu direbus aja,durasi hanya 2 minit,tambah malas lagi mak dia patahkan sayur kacang panjang aja.Kamon,tak make sense kot letak sayur kacang panjang dalam mi segera.Aku tak tahu la kalau kau orang letak kacang panjang sebab yang aku tahu orang letak sawi atau kubis dalam mi itu.

Tambah malasnya lagik mak dia ni,letak ikan bilis tak buang kepala dan tahik..

Memang mak kau rajinlah beb!

Semestinya mak kau dan Manggi
5 kemon

Hausman??

Akan datang,ada kemungkinan sebelom dapat masuk Housemanship akan ada ujian kelayakan sebab banyak sangat houseman kat malaysia..

So adik-adik yang amek medik, be the best beat the rest..Chewah.....sembang lebih aku..

Aku tengok site meter,kenapa visitor sampai 8 ratus lebih??ada error ke apa??Selalu site visit hanya 2 ratus lebih je.Ada yang tak kena ke??
11 December 2011 14 kemon

Tak kisah ke??

Aku selalu tertanya-tanya,artis ni kalau dah berkahwin, bini atau laki dia tak marah ke bila tengok orang kesayangan dia tu peluk perempuan lain la, cium pompuan ni la, flirt dengan jantan tu la, peluk orang tua la.

Dorang ni tengok ke tak lakonan bini or laki dorang ni???

Contoh termudah Aaron Ajis.Berlakon cite Tsunami Rindu.3 perempuan dia sapu peluk.Maya Kering, Lisa Surighani dengan Julia-perut-boroi-pakai baju-melekap-nampak corak perut dan spender.Relax aja.Tu tak masuk cite pukul 7 yang menggugat waktu magrib makcik-makcik..Wife dia tak cemburu ke???

Serius kesian kat pasangan yang laki or isteri dia adalah pelakon..Azizah Mahzan, kau dah tak bole nak habis vogue dah?? geli dow.
10 December 2011 5 kemon

Pengalaman peribadi mencabut gigiew..*untuk Bact

Aku punya gigi wisdom belah bawah dua-dua da cabut tapi bukan secara serentak la.Ikut pada aku,aku suka aja cabut 2-2 so tak la leceh untuk arrange another appointment.Tapi depa tak bagi sebab nanti gua nak makan lagu mana kan..Now gigi yang belah atas 2-2 carik pasal jugak .Cuma aku sekarang sumpah takda masa nak settlekan masalah..OMG,dentist.come here.cabut my gigi now..!

Ok, as usual, kau tak le la expect datang klinik itu jam,itu jam jugak bole cabut.Mereka bikin x-ray sepam dua then dapatkan appointment untuk dicabut gigi.Gigi pertama, kawan aku cabutkan.Dia doktor gigi.As usual, dia suruh aku makan, then sampai sana, kene bius kat area gigi yang nak dicabut .2-3 area gitu.Picagari tak nak nais dan jarum tak nak habis panjang plak kan. Tapi sebab aku jenis extreme, so aku relax aja. Lepas 10 minit camtu,dia ready nak cabut.Peh dah la dia ni laki, cabut macam pesen cabut paku lekat kat papan tu dia punya gaya,mengalir air mata tahan keadaan.Tapi TAK SAKIT PON!.then dia jahit tempat gusi aku yang berlubang itu.

Setel cabut, lepas bapa jam aku dah bole layan maggi kat mamak.Persetankan pantang semua.Untuk gigi kedua aku cabut kat hospital sebab gigi aku da melintang.Masa kat klinik 2 xray da amek, pi hospital 2x lagi kene amek .total aku kene amek x ray da 6 kali masuk yang gigi dulu..Tapi disebabkan ke expertan mereka cabut gigi lintang aku, aku tak perlu dibedah.Kali ni takda jahit-jahit.

Kos untuk cabut gigi tanpa bedah RM10.yang kene bedah RM50..

Swasta, bole makan beratus untuk bedah.Aku pernah tanya,depa nak rm700 gamaknya..

Selamat cabut gigi Bact!
09 December 2011 4 kemon

Bailey and Love

Tengok pada tajuk relax je sebut short practice..short-short dia ada 1513 page termasuk glossari..Aku beli  2 tahun lepas,tahun ni baru menyempat bukak..punye lah malas..ni pon da minggu ketiga baru nak belek sikit-sikit..

Kalau nak buat alas makan megi mahupon laptop pon boleh...tapi aku sayang gi buku ni sebab masih 'lawa' lagi..

Aku memang da takde idea nak blog sebab aku da tahun akhir.Ekceli aku sibuk,tapi disebabkan aku ni pemalas,maka orang nampak aku ni relax aja..Sumpah sibuk next week sebab aku ada 2 presentation,nak clerk case dan present, ada doktor yang pesen suka cover satu ward so aku kene amek 3-4 case untuk clerk.*alah nanti kerje kene clerk beratus case,so jangan mengadu lebih la ika*

Aku jenis nak approach patient kemain la payah,segan dow,Sebab aku macam tak bole baca depa ni bagi ke tak aku nak tanya kes, kang tetiba dia kata "tak mahu,saya letih" ...tetiba muka aku tebal merah semacam..

Buku log aku lapang lagi..Banyak tak isi...minggu ke 4. ada observed long case exam...Aku rasa aku makin takda idea,susah ow nak carik idea nak shara kat hangpa..

Selamat maju jaya.
08 December 2011 3 kemon

Cara-cara menghandle aktiviti tidak sihat di televisyen

Nowadays,banyak gila babi scene tak senonoh,yang tak sedap dilihat mahu pun dikongsi bersama adik-adik kita atau sesiapa jua.

Dahla budak-budak senang gila babas terikut-ikut.Ape kerja lembaga penapisan???minum air je???MTV pon sekarang kemain buat music video merangsang nafsu.

Maka antara tindakan yang mampu dilakukan ialah:

1. Bila perasan aksi mula menjadi tidak senang hati., cepat-cepat galih ke channel lain.
2. Suruh adik pergi ambik air kat dapur sekarang jugak.
3. Cepat-cepat tutup tivi,Tapi remote kene ada kat tangan selalu lah macam aku.Aku gila remote.

Yang aku perasan,kalau time scene camni, masing-masing senyap telan air liur.Yang loklak depa suka gelak-gelak mahupon menganjing buat riuh kecoh..Ni selalu terjadi antara rakan mahupon di panggung wayang.

Apa tindakan anda??
07 December 2011 4 kemon

Aku geli jugak

Aku even nak involve dalam bidang medical mesti orang cakap aku tak geli dengan darah,nanah.patah riuk, and what so ever la ..Yes tak geli,tapi aku seriau kalau tengok orang patah-patah.

Aku tak kisah kalau sebelom makan orang cakap pasal labour la,pasal fracture la,cancer bla bla bla..Tapi bile start makan,aku tak bole tengok imej or cakap pasal apa-apa pon penyakit.Nanti aku loya.Habis makan kau nak tanya balik pon aku tak kisah.Pelik kan??
06 December 2011 4 kemon

Apa??

Masa aku sekolah rendah,.aku aktif masuk sukan sampailah aku sekolah menengah...aku hanya pandai berlari so masuklah acara lari-lari dop..tapi tak masuk acara lari berpagar lah sebab aku katik.

Aku teringat masa tu aku darjah 6,aku masuk acara balapan peringkat daerah.time ni acara 4x100m tak silap aku.Hanya ni je acara yang aku masuk ok..takde acara lain.Pastu tibe hari persandingan  pertandingan, tetiba cikgu yang uruskan sukan tu kata, "nanti si polan ni akan ganti awak eh.." aku tak cakap pape pon..aku nak bangkang time tu baru darjah enam..tak reti nak protes..

Minah tu ganti aku sebab dia anak cikgu..Aku anak drebar.So dia dapat.ape kes???Aku pergi tengok aja pertandingan tu..takda masuk pape.Bazir masa..dan sedih.penat ok setiap hari training..

Bila masuk sekolah menengah plak.Yang aku pasan,sapa pandai bodek cikgu dia lah dapat jawatan.Aku tak dapat jadi pembimbing rakan sebaya sebab aku tak kamceng dengan cikgu tu..Aku tak dapat jadi pengerusi kadet polis sebab cikgu tu suka dia walhal aku yang ajar kawad semua.

Aku kene gantung asrama masa tingkatan 2 sebab cikgu tu sakit hati dengan aku..Aku tak mencurik dipaksa -paksa aku suruh mengaku aku curik katanya " awak mengaku je,saya takkan dedahkan pasal hal ni kat sesapa".ah fak u la,mulut kalau macam pantat memang tak reti nak senyap.Ada ke sorang budak ni kata, aku nampak mewah sebab makan kat kantin ,pastu beli kertas skrap, kaler air bagai.Pukimak,ape sebab aku miskin aku tak bole makan kantin?? mak aku tak bole bagi kertas kerja kursus dan kaler air???

Pastu ada satu kes pasal April fool, aku plan nak bagi surat kat adik angkat aku prank kata abg senior nak kenal,aku bagi idea, ada orang lain yang tukang tulis surat dan sebagainya.Dan budak lelaki langsung takda kait dalam hal ni.Dan bukan aku je yang involved.Alih-alih tetiba budak ni kata dia sakit nak balik rumah sebab aku bagi dia surat abg senior nak kenalan.Anjing lah kau..ape kait senior bagi surat dengan kau sakit? Pastu aku sorang je yang kene.Yang lain lepas.Rasa tak adil dow.
05 December 2011 9 kemon

mari meramas

Masa aku tingkatan satu,aku masuk asrama harian kat satu sekolah kat Segamat.Aku hari-hari call mak gune public phone sebab homesick gila babas.Time tu duit syiling macam nasi sama pentingnya.Bole bawak berbunuh la kalau takda.

Ekceli,aku tak bapa suka duduk kat asrama tu, ada ke masa awal-awal orientasi lagi kakak-kakak exco *camni ke eja* dah sound aku sebab signature aku paling kurang.Pastu pesan dorang jalan nampak senior kene bagi salam pastu jangan angkat muka..tension aku .kepala bana dia..aku kalau ingat balik benda-benda ni bole rasa nak bagi penampa je.

Ada satu budak ni ,dia senang je nak dapatkan sign.nyanyi je..terus dapat..ah fak u la...Aku rasa time tu semua senior mean gile dan nama orientasi aku sumpah aku benci time tu ."thrombi"..now aku amek medic ''thrombin ada, prothrombin pon ada...ape kes thrombi?? amek bio blaja la betul-betul kak senior oi....

Habis pasal orientasi part yang menyakitkan hati,satu lagi menarik hati.Aku attained menarchy lambat sikit so secondary sexual female characteristic aku tak berapa nak nampak la..Then kakak senior ni selamba badak dia je main pegang dada aku dan cakap "ee...flatnya "..pastu perkara ni berlarutan hingga beberapa tempoh sampai satu tika aku sound cakap jangan pegang dan nangis gila. tapi kan kak senior, time tu aku form 1,kau form 3.tetek kau ada pon sebab guna bra berspan...secara jujur kau tak bertetek jua...so tak rasa macam cakap depan cermin ke??

Secara jujur aku benci Sekolah D***..
8 kemon

Semua orang ada penyakit

#Aku rasa aku ni pelik, tak tahu la dari sudut karakter, atau pemikiran atau pon orang putih kata outstanding??

#Tapi seriusly,orang akan cakap aku ni pelik..dan dengan karakter pelik, aku susah nak dapat kawan, aku rasa aku yang bermasalah..Aku banyak cakap,tapi aku tak reti nak bergaul mesra dengan mereka.

#Aku memilih untuk jadi lebih dari semalam sebab aku tak nak jadi orang yang rugi.Aku bersyukur sebab aku ada teman yang sangat paham kondisi aku dan masalah aku yang lebih tinggi dari ketinggian aku..

#Aku rasa ramai aja yang tak suka aku ,tapi serius dekat 5 tahun dah ni aku kat kolej, aku bole hidup dengan keadaan orang sekeliling tak suka aku.Aku pedulik apa kalau kau bole tegur kawan aku yang tengah makan depan aku tapi ignore aku, aku pedulik apa kalau kau tak mahu tegur aku dan pandang aku semacam,aku pedulik apa kalau kau tak suka aku sebab perangai aku..nanti lepas grad kau tak tengok aku jugak pon ..

#Asek nak "being nice to everyone" itu hanya akan buat hati menderita,tapi "be yourself" akan makan hati kau juga.tapi aku lebih suka be myself sebab kalau aku tak mampu nak gembirakan hati aku sendiri apa kes aku nak gembirakan hati kau ..

# Kalau aku jadi doktor esok, perkara pertama aku bole cakap, "kau tak suka aku, aku punya gaji pon sama je dengan kau.
8 kemon

hari minggu saya

Minggu lepas tengok Ong Bak Rinduuew lettew dengan Ummul Falah.Bergegas tengok wayang pukul 11.55pm.Boleh la nak tengok sekali.tengok 2x aku tak mahu mungkin.Mungkin watak tu patut tukar dengan Farid Kamil sebab dia kan penjiwang.Aaron cakap macam kaku sikit..watak Izzah patut tukar dengan aku..ok tak ...saje je..

Sabtu pula pergi ke KL sebab nak main baseball. then dapat hadiah tennis elbow..sakit tangan aku ...tak reti main tapi saja gedik ..bile lagi la kan nak feeling jadi pemain baseball..main untuk 10 token rm 25 ringgit sebab aku kan pelajar..

Oh ye,kepada yang bertanya kenapa aku pakai tudung, simple je :sama je macam kenapa kau orang pakai tudung,tak payah tanya ummul, tanya groupmate aku..

02 December 2011 5 kemon

pejabat dan pos

Aku bayar bil streamyx kat pejabat pos sebab kadar orang bayar bil internet kat TM adalah ramai jika di pekan Ipoh punya cawangan.nak pergi area Jusco jauh,aku dah tak gigih nak pergi jauh-jauh..minyak mahal sekarang.

Jadi dipejabat pos,tekan butang,,"keriiikkkk" bunyi kertas angka giliran keluar ..aku set bontot atas kerusi tunggu giliran..

Untuk kecepatan bersama alangkah bagusnya jika.....

1. Korang keluarkan bil-bil yang nak dibayar dengan ongkosnya siap2..ni tak...tunggu punya lama pastu kau baru nak hegeh carik bil yang nak dibayar pastu siap tanya "bapa ringgit??"..amboi..ingat ni kedai makan?? kan kau da tahu jumlah yang perlu dibayar awal-awal  lagi..

2. Kalau nak hidup roadtax ke apa, hidupkan aja,jangan banyak pertanyaan...dia punya hal je makan kaunter dekat setengah jam..

3. Kaunter tu bukak banyak sikit...ni waktu klimaks bukak 2 je kaunter?? kamon....

itu je lah kot..

tadik kan,,ada roadblock masa aku nak balik rumah, kemain kene tahan dengan trafik pompuan..aku cepat-cepat parkir kat brader trafik...dia tengah salin ic india sebelah nun.Aku tunggu sambil amek walet..tetibe dia kata, "gerak-gerak khas"..ok tak...gerak aja...suruh aku blah...phewwwww.,,aku teringat kisah beberapa bulan lalu kene saman kes tak tampal L,walhal aku da bawak motor kalah org lesen penuh. Dengan roadtax takda, lesen takda...naiss kan?? aku punya motor ni tinggal angkut trafik aja..

berkat hari jumaat orang kata...muka kene ada manis..
 
;