31 January 2012 4 kemon

cabaran diet

Sebabkan berat badan dah naik tanpa segan silu, kenalan pon menegur kadar kegemukan berkadar terus dengan umur maka aku berhasrat untuk kuruskan badan ...

Hari ni hari ke 4 aku makan oat dan skipping.

Oat tu bukan makan kosong saja je. tapi aku buat macam bubur. Aku rebus bawang merah dan bawang putih,campak ikan bilis, sayur brocolli satu cawan, sayur kacang buncis *or apa2 je sayur hijau* jua satu cawan, letak oat setengah cawan, dan garam secukup rasa. Kadang aku letak kentang satu biji.Selain itu aku letak ayam jua atau jadikan sebagai sup.

So, makanan tu lengkap dengan vitamin, protein, karbohidrat dan lain-lain..Antara gap tu aku makan wholemeal bread dan hari ni baru mula balik minum susu omega sebab baru dapat MARA hahahahha..

Skipping aku buat 150- 200 ikut kemampuan.Kenapa dah tak jogging?? Sebab skipping lagi susah sikit dari jogging.Skipping pon cardio jugak.

Kalau nak lagi bagus, amek la minyak zaitun setiap hari.Aku nak beli.Tengok lah sama ada nak beli minyak zaitun atau minyak carotino.
2 kemon

hi

Saja nak say hi sebab lama hilang..

:)
29 January 2012 4 kemon

selamat kembali

Setelah seminggu bersara dari dunia blog,ececece,,.tak la..sebab balik kampung lalu kene kembali ke Ipoh pada sabtu kelmarin sebab tiket hari Ahad habis.Maka terpaksa tinggalkan kucing kelabu tercinta dan ibu bapa di rumah dengan perasaan berat ...ye berat seperti saya..

Saya mengalami sakit dada dah 2 hari.bukan buah dada..tapi dada.pergi hospital semalam ,buat ECG, amek darah tapi semua normal..aduhai kenapa la sakit dada..sesiapa yang tak puas hati dengan saya kita boleh berbincang..ni sekarang pon masih sakit lagi.

Tahun ni dapat angpau RM60 tapi burn sebab beli bahan buat choc molten...marvellous weh..

Hari tu panjat bukit broga sampai ke gunung tok wan ,.tapi lagi 2km nak sampai aku patah balik sebab tinggal kami berdua je...takutttt...
18 January 2012 3 kemon

kesibukan

Blog aku mungkin akan tersadai sementara waktu sebab aku sibuk gila nak arwah sebab aku da mula medical posting, aku terasa aku banyak gila tak tahu dan terasa diri ini amat bodoh..padahal lagi bapa bulan je nak kerja..*haih* lap peluh tanda mengeluh*..

Selamat tahun baru cina bagi Saufi tersayang walau dia gelap.kah kah...dia pon aku call jarang--jarang sekarang. ok awak bole carik cawangan lain sekarang sebab saya bizi ...*singsing baju sampai lengan sambil  kepal2 tangan*.

Aku makin gemuk weh, arghhhhhhhhhhhhh..takda yang nak sponsor aku premium beautiful kah? aku pelajar mana mampu nak beli...*sedih nangis sambil duduk di tangga*

Oh, kami ber Broga sabtu ni ,marilah panjat dan bersua muka di atas sana nanti *muka girang*..
15 January 2012 11 kemon

kenapa bisnes dengan melayu macam ma cibai

Sebab seminggu aku senyap sepi aku nak cerita pasal kereta bapak aku yang tersadai kat bengkel sebulan lebih yang lalu..

Kereta tu macam kene kanser,sakit sikit, jangkit merebak semua tempat,kalau bawak slow je, kereta mesti ugut-ugut nak berhenti, kalau laju pon senggut-senggut .cuba bayang kalau bawak tengah jalan ,.belakang lori ,tetiba dia bikin hal berhenti tak ke arwah?

Selain dari itu, alarm signal mesti dok nyala je tak nak mati, dengan bateri pon entah kenapa nak merajuk.Time cuti tu aku bawak ah pergi bengkel cina, pastu dia dok belek-belek kata nya kalau bikin mau makan 700-800, kalau salin enjin 2k lebih .Aku da blur dah,nak cekau mana duit.Yes bagi keluarga aku ,duit satu masalah.So kereta tu bawak lah pulang..2-3 kali gak pi bengkel nak improve kan mana yang dan.Semua yang tak bertukar aku tukar,minyak hitam, minyak gear box dan apa jadah semua aku layan.

Tapi kereta tu still merajuk.bapak aku panggil satu mekanik melayu ni datang rumah,dia kata dia boleh bikin,so bapak aku hantar lah kereta tu pi bengkel dia.Bengkel melayu, apa kau harap.baru bukak pulak tu.tapi bapak aku bagi muka lah sebab katanya 'bole bikin'..

Dari hari ke hari, kereta da turun enjin bagai.tapi apa pon tak buat, dekat seminggu, bapak aku tanya apa perkembangan ,katanya takde sparepart.,bapak aku cari sparepart,da dok hulur sparepart dengan harapan boleh siap tapi still tak siap.Mak aku dok salak hari-hari tu baru nak gerak.Lepas dapat keta, bapak aku bawak kereta tu pergi Yong Peng, amek kau ,sekali 'head' patah..dahla baru je tukar, bawak balik semula kereta ,simpan lagi kat bengkel, katanya dia nak pulangkan sparepart tu kat  tokei asal ,dan cari lain tapi sampai kesudah tak carik. tapi time bapak aku cari ada je sparepart..tak ke sial?

Setelah 2 minggu tak siap jugak, mak aku cakap dia nak gak kereta tu by last week, tiba hari yang dijanji dia pulangkan kereta tu dengan tak bikin pon..

Bapak aku bawak pergi bengkel cina kat Yong Peng, 3 hari da siap...


persoalan aku:

1. Melayu ,kalau pesen meniaga nak tamak ,memang tak berjaya.Kalau tak pandai bikin kereta jangan berani sebut nak amek job tu.
2. Dahla sparepart bapak aku yang cari, pastu siap bagi duit dah ,tu pon tak siap?? apa ke cibai? pastu kat bengkel kau penuh kan kereta orang lain yang datang kemudian? apa? kitorang tak bayar ke?
3.Mintak mak aku duit rm 300 dulu sebab katanya baru bukak carwash and tak bayar gaji pekerja lagi? madafaka?
4. Kalau baru meniaga dan tak stabil kenapa berangan nak bukak macam-macam perniagaan? tak ke tu tamak?
5. Nak meniaga tapi tak pandai jaga hubungan dengan clients.memang silap besar.
6. Cari connection dengan penjual-penjual sparepart before bukak bengkel..ingat ni kedai pam tayar basikal??
7.Dah pulang kereta dengan tak berbikinnya, pastu ada hati nak bermasam muka dengan mak aku? alahai tak malu ke?
8. Orang kampung kalau meniaga memang pesen macam cibai. Bawak perangai kampung kat meniaga.Aku pon kampung, tapi professionalisme kene ada.

Sekian terima kasih..

RM500 burn macamtu je kat dia..

SEMOGA KAU BANKRAP.
11 January 2012 6 kemon

Tahu tak?

1.Perkara pertama aku takut bila nak kerja nanti ialah, nak cakap dengan sapa ni? nak kawan dengan sapa? rehat macamane ? balik kui bapa? sapa yang aku nak mintak kebenaran balik ni? *mcam budak2

2. Aku da biase di marah-marah,malukan bagai.so nak jadi doktor hati tak bole pink lah.kene muka tebal macam lemak aku.

3. Tahukah menulis guna tangan kiri akan menyebabkan jari manis asek kaler biru je sebab langgar tulisan.

4. Aku tak boleh berpikir dengan rasional jika lapar,mengantuk.

5.Aku tak suka orang lembab,jalan lembab, bagi jawapan lembab, buat keja lembab.Aku bengang.sebab aku jenis gelabah tetek buat kerja nak cepat on time.

6. Aku masih lagi hutang tak habis lagi bayar Ego.damn punya apek kedai tak bagitahu bayaran terlindung.

7.Aku suka gelak,tapi aku serius.

8. Aku susah nak fokus dengan suatu benda yang aku buat.Aku macam restless, macam orang ADHD.Aku cepat excited dengan perkara baru dan cepat bosan.Sebab tu aku tak suke jadi cikgu...bosan.ajar benda sama 2-3 kelas.untuk seumur hidup.

9. Aku tak pandai sangat side parking sebab aku pegang stereng bapa kali je.Ye lah aku harap kete bapak aku je la, nak bawak kete kawan? ranap kang aku nak bayar guna apa? bulu?Lagipon mereka semua expertise, bawak kereta hebat macam formula 1.

10. Kelmarin masa aku nak pulang ke rumah, kat traffic light ada pakcik polis usha aku gune side mirror dia.HORROR.

11. Kawan aku asek suruh aku beli Iphone 4s.Aku ni nak makan pon kira guna kalkulator, minyak pon sukat guna corong, kau hasut cakap kebaikan Iphone pon aku nak hulur kat Digi guna apa? tahik hidung?

12. Aku nampak macam banyak cakap,tapi bila lepak dengan kawan aku banyak mendengar dan bikin lawak bangang.

13. Selamat ulang tahun kotak kek yang ke sebulan lebih nak 2 bulan. semoga panjang umur.
10 January 2012 7 kemon

dilema

Hari ni ada meeting dengan SPA dan KKM, dari 9 pagi sampai 11 lebih.Maka aku hanya dengar-dengar ayam je.Now da isi borang SPA, tapi aku belom isi lagi borang maklumat diri sebab tak tahu lagi nak mintak kat mana..

Interview seumur hidup sekali pada awal February,makanya aku tak amek lagi sijil asal Spm.Tadik baru tepon sekolah dan katanya ada lagi sijil, harap tak menghilang la.mampos aku.

Bila kerja, gred aku ialah UD1-1.tak lagi UD41.Dan paling aku horror dengar,posting paling penat dan sibuk ialah medical posting.

Secara jujur,aku takut nak kerja sebab aku lagi sayang katil dan ini adalah kontradiksi dari kerjaya aku, dan aku pesen manja.Harap aku ada kekuatan lah kelak..

Amalina grad bulan 5 gak.nanti dia terus jadi pakar ke camna?
09 January 2012 15 kemon

Hemorrhoid?? buasir.

Talk common problem that commonly happen in our society is better than talk about advanced disease aite?

So,aku nak cakap pasal hemorrhoid,or bahasa mudah, buasir or piles.

Basically, ada 4 stages:
1, bila hanya bole tahu jika buat scope via anus.
2. kau bole nampak anus tu keluar time kau meneran or berak, dan masuk semula automatik.
3. Kau kene masukkan semula anus tu guna jari bila dia terkeluar.
4. Tak bole bikin apa dah.pastu mula rasa sakit,gatal-gatal dan tend to strangulate.

So to prevent all of this situation from happening and become eventful,maka hendaklah anda:

a) Jangan meneran kuat sangat ketika membuang najis.
b) Makan banyak makanan mengandungi fiber dan sayuran buahan dan sebagainya.
c) minum air banyak gila
d) Terus berak bila terasa nak berak.Jangan tahan,sebab bila lama simpan, water will be absorb and cause your stool become hardened.
e) If, it's already happened, bole makan ubat or jika da stage 3 or 4, akan buat 'banding'.
f) Guna stool softener,macam lactulose, jangan guna laxatives, it will cause irritation.


symptom; fresh blood during or after passing stool, painless (in early stages),  u may see the anus, pain (in advanced), itchiness around anus.

so.have a balanced diet yaw! :)


picture credit from google
3 kemon

Bukit Kledang

Hari Ahad lalu, aku pergi panjat Bukuit Kledang di Ipoh Perak..Bertempat di Kledang, maka bukit ini diambil nama sempena nama tempat lah..simple.Gerak lepas subuh,tapi sebab aku lupa jalan maka aku sesat sekejap. Aku start jalan naik bukit jam 7.40 am.Dah lama jadi golongan pemalas, maka perjalanan naik bukit agak macam hell.hahaa, asal jalan mesti kata " ok dah,ok dah..bole turun" ,tapi berkat motivasi yang diberikan oleh Aiman, maka kali ni aku berjaya tiba kat menara RTM.Dulu tak sampai situ pon,kali ni bole plak sampai walau da lama bermalasan.

Turun guna laluan tangga. Memang kaki sakit lah kan.Total turun naik bukit ni 14km.ni menurut kata uncle india yang aku jumpai semasa proses turun bukit lah.Jalan bertar,dan berkecondongan 30 darjah (ni aku hentam je degree dia), so path agak selamat je,tapi tabik gila kat orang yang berbasikal,kalau aku,memang kirim salam lah.

A night before, aku makan kat Dubliners cafe kat Greentown,Menu yang best harga yang berbaloi.Jika pergi Ipoh ,datang lah makan sini ok.

And night after that, aku pergi buat bekam darah kat Taman Hillview. Pusat bekam tu dah beroperasi selama 10 tahun dan yang bestnya, satu cup hanya RM5  sahaja..tempat lain RM15. murah kan....
07 January 2012 7 kemon

4 tahun lebih

Aku start blogging dari aku tahun kedua sekolah perubatan. Masa umur baru 20 tahun, masa tu tak tahu pon pasal blog,tak tahu pasal komputer,tak tahu macam-macam..Sama macam remaja lain yang nak belajar buat silap, buat itu ini untuk tahu erti hidup. Tapi sampai sekarang aku tak tahu nak print screen.Sebab aku tak nak amek tahu untuk tahu macam mana nak print screen.

Awal-awal blog,aku rajin buat entry,serius,satu hari kadang sampai 5 entry.Internet tak da,aku sanggup berkampung kat cybercafe sebab jiwa macam meronta nak tengok blog,seakan ketagih nak bikin entry and tengok orang komen.Aku start bikin entry guna style gua lu,..agak lama la guna kata ganti macam itu.Entahla, bagi aku ,blog another character of me.Blog ni berkembang seiring dengan umur aku.Aku pon kembang gak.kahkah..*tak lawak*.Now,nak carik idea punya lah payah,dengan tambah sibuk lagi,memang pakej.

Macam-macam jadi sepanjang berblog.Banyak pahit manis.Banyak mengajar aku tentang manusia.Banyak ajar aku tentang apa itu ''berhati-hati''..Kau takkan tahu sapa backstab kau,sapa yang buat 'fanpage' untuk kau, sapa yang kondem kau, sapa yang dengan kau dia sokong kau,belakang kau dia burukkan kau.Banyak ajar aku jangan percaya orang.Berbaik boleh, percaya jangan.

Dan ada je yang follow blog ni dari awal aku berblog hingga hari ni,thanks aku ucapkan,sebab blog aku yang entah meroyan cakap gua lu, berubah aku kau,dari cakap kasar,maki sana sini,aku mula jaga tutur kata.Mana yang terlepas juga aku cuba improve lah.

Ada juga reader muda-muda yang nak tahu pasal amek medik,pasal belajar dan so on aku boleh je jawab soalan korang.Aku tak garang pon.Dan ada je yang direct message or email kat aku,thanks.i appreciate that.

If aku kerja,mungkin blog ni terabai.So tinggal lagi 4 bulan.Tempat kerja akan dirahsiakan.Sebab nanti kantoi ah aku kene jerit dengan M.O...haha..takda lah, selagi belom grad aku tak berangan nak kerja.
05 January 2012 4 kemon

lawak bagi aku

Dari aku kecik sampai besar,kalau tengok drama melayu kadang mesti ada scene muntah darah,terus depa kata ada cancer..time tu pasangan dan ahli keluarga terus rasa sedih..yang tukang tengok pon amek port nangis depan tivi..ecece, asal muntah-muntah sikit keluar darah terus rasa panik dan pikir cancer.Now bila aku tengok,mesti nak gelak,lagi part yang ada pelakon berlakon as doktor,,aku macam ''ekeleh"..

sebenarnya selain dari kanser penyebab utama muntah darah adalah :

1. Peptic ulcer: commonly adalah duodenal type. later is gastric ulcer type.Tapi gastric ulcer punye type yang akan progress menjadi kanser.
2. Drug induced gastritis macam penggunaan pain killer dan aspirin,steroid, ubat tradisional.
3. Esophageal varices; ni dapat kat pesakit yang ada penyakit hati.

Ada banyak lagi.tapi cukup lah hangpa tahu yang ini..

tapi lagi lawak bila tengok cerita tamil, baru lepas kahwin,esok pagi bangun terus loya dan muntah,Pastu mak mertua nampak lalu kecoh satu kerabat pastu si suami pon menyanyi bersama sanak sedara..

soalan aku : cepat nau kau bersenyawa...
04 January 2012 4 kemon

Second attempt surgery posting

Hari ni aku ada test untuk surgery posting trial kedua.Hari tu fail.Now passed. Alah medic kalau kau tak reti belajar menerima kegagalan kau tak payah amek medic..Normal untuk fail.
03 January 2012 5 kemon

2012?

1. 2012 adalah sekadar nombor jika tiada perubahan dalam diri walau sekelumit pon.

2. Amelina asyik-asyik berchenta itu, kau tak payah lah pertikai sangat.Dia takda pon cakap dia alim.Dia nak tunjuk rambut dia kaler keemasan, dan bf berkulit putih itu azam dia 2012. Entah-entah dah lama dia camtu,kau orang je baru kesah..

3. Aku sekarang dah final year..*ecece bole berlagak pulak.*..
4. Aku tak beli beras dan servis ego lagi ni weh..

5. Aku 4hb ni test surgery.

6. Tahukah anda semakin alim pelajar di kolej itu semakin berpura-pura baik mereka itu?..Nampak kawan aku, kau salam, aku kau tak salam pulak.selective betul.Ape? aku tak join Islamic Student kelab?Itu ke kelab kau ajar? Bole je kau say " hi kak ' or paling busuk pon kau pandang aku dan senyum..ni tak, kau pandang pon tak.Bagusnya mak kau ajar kan....mak aku ajar,kalau kau nampak kawan kau bersama kawan dia, kau kene jugak tegur kawan dia itu walau kau tak kenal...

7. Kadang -kadang adab bertegur ni pon boleh bawak bergaduh kalau kau tak pandai gayakannya.

Salam tahun baru....

:)
01 January 2012 4 kemon

Perjalanan amek medic

Serasa aku ramai yang tanya,"lepas habis ni kerja dalam khususan apa?"..

Aku selalu sangkut nak jawab kat situ..aku memilih cakap "general"..sebab kadang orang tak tahu apa itu houseman..

Fyi, amek perubatan memakan masa 5tahun..pergigian jua 5tahun.So dalam perubatan punya degree,kami semua akan belajar semua benda secara superficial.Be it surgery,medical, obs and gynae, paediatric, psychiatry, primary care, public health dan bla bla bla here and there.

So habis khatam 5 tahun, aku akan jadi houseman selama 2 tahun.Then baru jadi medical officer.Pastu kalau nak jadi pakar kene belajar lagi..

Ada paham???

oh ada yang lepasan SPM pon email tanya aku kelayakan nak amek medic
1. SPM aku tak semenggah pon .6A 4B..
2. Matrik aku : 3.64
3.Kalau nak masuk universiti tempatan tak lepas dengan pointer ni ,tapi aku masuk swasta.
4. Medical school: ada pre entrance interview and test.Akan datang nak jadi houseman akan ada qualification test jugak.
5. TAK PAYAH LAH JADI DOKTOR.KORANG PILIH JADI LAIN..TRUST ME BEBEH...GAJI SIKIT,KERJA MENIMBUN.BELAJAR SUSAH...
 
;